1431H

Salam Maal Hijrah semua, sihat ke ?
Dah masak ke ?
Dah habis happyo ke ?
Dah abis tulis ronbun ke ?
Yang bekerja, macam mana pula ?
Sesuai dengan pekerjaan anda ?
Yang tengah study, ada ponteng kelas ke ?

Aritu, pergi buat lesen dengan Marker. Sebelum buat lesen, kena amik ujian bertulis dulu. Sebelum amik ujian bertulis, kena translate lesen dlu. Sebelum….. ok tkde dh. Lesen P tak diterima.

Untuk amik ujian bertulis, lesen perlulah masih bernyawa, dan dalam masa bernyawa tu dah balik Malaysia 3 bulan. Masa pg JPJ Jepun, Pakcik Muka Serius yang kurang digemari budak-budak Mesia check lesen dan passport aku. Kira-kira hari, Pak Cik Muka Serius cakap, “Awak tak boleh amik ujian ni. Tak cukup 50 hari”. “Kenapa pulak macam tu Pak Cik Muka Serius?, pak cik tak reti kira ni”, aku mempersoalkan kewibaannya.

“Kurang hajar punya budak, meh sini pak cik ajar ko cara nak kira”,
“Ko dapat lesen tahun 2006 sampai 2007. Dari tahun 2007 sampai 2008, ko tak hidupkan lesen ko balik,
“Tahun 2008 baru ko idupkan lesen. So, Pakcik kira dari taun 2008 sahaja, pakcik tak kira dari tahun 2006.” “Ha… bijak tak pak cik ? sape tak bijak sekarang ? baik ngaku” , Pak Cik Muka Serius buat counter attack.
“Siot betul pak cik, takkan itu pun nak berkira, mana saya tau ada peraturan macam tu. Lesen kat Mesia, saya kat Jepun. ” , tempik aku …..dalam hati je …

Siot betul tak dapat buat lesen. Kang aku kena tahan kang, kena pulak saman.

Sejuk-sejuk ni sedap minum hot cocoa dan makan choco chips.

Tiga

Penulis blog ini memang pemalas ke ? Update sekali seminggu sahaja…

Exam dah abis, keputusan lebih baik dari 1 gakki (sem 1). Alhamdulillah. Sem 3 pun dah start. Kelas makin berkurang.. ok la skit ..banyak masa bermain :D hehe … Universiti Toyohashi ni pelik skit sebab ada 3 sem. Dulu sebelum masuk, orang-orang (bukan yg di sawah tu) cakap 3 sem ni ada 3 kali exam…taihen..payah..busy.. Tapi kalau fikir-fikir balik ok je ..3 sem lebih baik dari 2 sem. Kalau 3 sem, benda nak study pun takdela banyak sangat macam 2 sem. Tapi taun depan dia nak ubah kepada sistem 2 sem, nasib baik taun depan tak banyak kelas..huhu!

Semalam tengok New Moon, minggu lepas tengok 2012. Best-best. Saiko. Awek dalam New Moon lawa-lawa.

Sepupu aku yang belajar kat Rusia dah bertunang. Sepupu aku dahla sama umur dengan aku. Aritu call kampung. Bapak dia tanya aku, “Dah dapat awek belum?”, “Kami nak buat pengantin 6 ni.” Aku balas, “Belum lagi..dalam proses hehe..”. Abang aku pun macam takde awek lagi, takkan aku nak kawen dulu huhu…lek lek dulu ..berpoya-poya dengan awek orang dulu…haha. Balik ni dahla banyak date menunggu.

Dah masuk bulan ke 3 kerja kat McD. Dah pandai buat burger. Dulu aku tak tau pun apa menu McD ni, tak minat McD, suka KFC lagi. Sekarang, dah tau apa dalam burger-burger tu. Balik Mesia nak cuba rasa setiap burger McD. Yela …time tengah keje….macam nak makan je burger depan mata…meleleh air liur beb! Gaji pertama yang aku dapat berapa entah Yen15000 (RM500) gurai . Pendapatan pertama dalam hidup. Bila dah keje ni rasa penat , dapat gaji yang ok ok saje …barulah dapat rasa susah payah mak ayah bekerja dari pagi ke lewat petang. Tak gitu ?

Saikin, suka dengar Ikimonogakari. Sore vocalist dia lunakla ..

Manatsu no elegy by Ikimonogakari

SHAA

1. Minggu lepas , aku kehilangan salah seorang sepupu aku. Umur baru 17 tahun , baru amik 3 paper SPM. Arwah merupakan anak sulung kepada Pak Usu dan Mak Usu. Dulu Pak Usu dan Mak Usu kehilangan seorang anak perempuan akibat demam denggi. Kemudian dikurniakan lagi anak lelaki dan perempuan.

Sekarang tinggal 2 lelaki , 1 perempuan sahaja. Aku dan abang aku sangat rapat dengan keluarga Pak Usu dan anak-anaknya. Walaupun jarak umur agak jauh, tapi disebabkan keluarga kami sahaja yang tinggal di Melaka, so kerap la berjumpa. Masa anak-anak Pak Usu kecik-kecik dulu ..kamilah mengajar dia itu ini, pergi sana sini, pergi kedai runcit pun nak ikut. Sekarang sumenya tinggal kenangan

Sebut pasal anak dia yang meninggal disebabkan denggi tu. Mula-mula Pak Usu ingat demam biasa sahaja, Pak Usu pulak orang keje hospital so bagi makan ubat je la. Kemudian anak dia meninggal begitu sahaja. Dulu masa aku kecik-kecik, ayah selalu marah dua benda, pertama pastikan tido berselimut, supaya tak kena gigit dengan nyamuk. Kedua, kalau demam ayah cepat-cepat bawak pegi klinik panel company dia, even aku cakap dengan ayah demam biasa sahaja. Kepada kengkawan yang nak kawen , kalau anak anda sakit sikit pun, bawakla pegi klinik …apa-apa pun boleh terjadi.

2. Lepas exam, seminggu cuti, pergi taikai bola. Lepas taikai bola …ada cuti panjang. Cam bodo je duduk kat Toyohashi ni. Orang-orangnya tak suka jalan-jalan ke ? Budak-budak rumah aku pun tak suka jalan-jalan. Aku suka jalan-jalan. Habis duit berjalan aku tak kisah. Masa muda-muda ni la nak berjalan-jalan, kang dah beranak pinak susah nak berjalan-jalan.

Round one belakang rumah je, Aku penah sekali je main bowling kat Round One tu. Spotcya pun tk masuk lagi…aii…aii…Sekarang dah bape bulan duk Toyohashi ? Dah nak masuk 2010 dah. Kalau Round One kat Ube, mesti aku dan budak-budak Yamadai pergi Round 1 setiap bulan. Orang Toyohashi ni gile bola ..tapi taun ni tak menang-menang pun, tempat ketiga je sekali. Aku bukan tak minat bola, tapi biasa-biasa sudeh…. Aku baru je ilang but kesayangan aku. SIOT betul!

Salam Aidil Adha. Dan semoga hidup anda tidak boring macam hidup aku ni.
Kalau nak jalan-jalan ajakla saya. Saya kaki jalan.
Sekian.

Joyful by Ikimonogakari

Tag Tag Revenge ..ntah pape

Ditag oleh Amir Shaver. Aku sebenarnya malas nak bertag-tag ni … buat tag memang syok, tapi malas baca orang punya haha ….kalau korang malas jangan baca.

1. Bekas kekasih saya adalah:
Nor Liyana Binti Ismail dan Diana Danielle .
2. Saya sedang mendengar:
B`z – Ichibu no zenbu, tetiba azan maghrib.
3. Mungkin saya patut:
Main game Paperman, tapi tengah azan, nak kena sambar petir?
4. Saya suka:
Dengar movie, baca lagu, menonton wikipedia
5. Sahabat-sahabat baik saya:
Yang pernah dengar lawak saya
6. Saya tak faham:
Kenapa orang tak sembahyang, sedangkan ada ruang dan masa.
7. Saya kehilangan:
Credit untuk paper hari ini.
8. Ramai yang berkata:
Saya kurang senyum. Actually ….senyuman saya mahal.
9. Makna nama saya:
Hazuwan – Dalam kanji bermaksud Hazu- Shy, wan- King
10. Cinta itu adalah:
Kadang-kadang nak jugak, tapi menyusahkan
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Melihat anda dari luar tingkap. Tak silap saya, orang tu berbaju putih, lepas tu dia akan cakap “Dik, dik tolong bukak kan kain kapan akak ni”.
12. Saya akan cuba:
Tidak menakutkan anda. Did I ?
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Selamanya bukan ayat dik, selamanya ialah perkataan . Sila belajar B.M lagi sebelum buat soalan.
14. Telefon bimbit saya:
Iphone 2nd Gen White
15. Bila saya terjaga dari tidur:
Cuba mengingati nama awek yang tido sebelah saya.
16. Saya paling meluat apabila:
Orang yang cakap besar dan berlagak
17. Pesta/parti adalah:
Berborak-borak dengan awek Jepun yang comel
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Anak kucing
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya:
Menengah rendah- Ramai awek Cina, Mozac : Ramai kawan Melayu
Sekarang – hidup di Toyohashi :)
20. Hari ini:
Saya tak tido lagi dari semalam.
21. Malam ini saya akan:
Study untuk paper esok
22. Esok pula saya akan:
Amik exam la !
23. Saya betul-betul inginkan:
Awek yang ada Fairlady Z yang boleh jemput saya untuk dating di hujung minggu.
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Rambut saya tidak beralun mayang lagi …
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Jom gi minggu depan, aku dah tension dah takde orang bawak jalan-jalan ni
26. Makanan Barat atau Jepun:
Jepun, nak cuba belajar masak .
27. Bilik yang terang atau gelap:
Separuh terang, separuh malap. Seram-seram romantik skit.
28. Makanan segera adalah:
Oreo :D
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Soalan no 4 tu blh buat guna graf. Kalau kira-kira memang makan masa. Aku tak buat pun.
30. Siapa yang anda mahu tag:
Semua yang membaca tag ini. Tulis tidak lebih seribu perkataan , kalau tidak anda akan terkencing malam, malam ini . Sila sampai kan kepada 10 orang kawan anda.

B`z – Ichibu to zenbu

$Kaching$Kaching$Kaching$

Salam dunia!
Orang tanya aku, apsal aku tak isap rokok ? Tentu anda peminat sekalian yang berada di depan kaca display (jika masih menggunakan CRT) atau pun LCD juga ingin mengetahui sangat-sangat mengapa aku tidak menghisap rokok… Padahal rupa dah macho dan ganas dah. Aku selalu memberi jawapan ni pada yang gatal mulut bertanya. Tapi ramai yang tidak percaya. Mungkin anda juga tidak percaya.
Jawapannya ialah ..

(lagu Best House 123 dibunyikan)

one …

two…

three..

Aku dah lama berenti merokok dah. Lepas aku abis UPSR aku dah berenti isap rokok. Aku isap dari darjah satu lagi, masa tu korang sentuh rokok pun belum lagi.

Sila berikan tepukan gemuruh. Terima kasih.

O.k kita balik kepada tajuk utama. Korang penah main gamble kt Genting Highland ? Setakat tikam-tikam 10 sen masa skolah rendah tak mainla. Aku main jugak dulu, siap kena belasah dengan ayah aku lagi. Ni lagi thrill punya. Tau mesin slot?

Mesin slot atau slot machine atau lebih popular sebagai “mesin kuda” ialah sebuah mesin buat duit. Benda haram ni..atau ada orang Kedah cakap hareemmmmm ni …pada tahun 1999 smpai 2001 camtu sangat-sangat la popular di belah Selatan terutama Melaka dan N.9 dan tumbuh macam cendawan. Kecik-kecik dulu, kalau korang penah nampak dekat balai polis penuh dengan berpuluh kotak kayu, ha itula mesin kuda yang dirampas. Orang Cina bawak masuk benda ni , Orang Melayu Kastam “approve”, orang India tolong jaga kedai. Orang Melayu,Cina, India main mesin kuda ni. 1Malaysia bukan ? 1Malaysia dah wujud lama dah ..hehe…

Mesin kuda ni macam game kat arcade korang selalu main tu. Cuma dia ada beberapa buton, takde joystickla. Ada dua jenis mesin, satu untuk 1 ringgit satu untuk 20 sen. 50 sen pun ada tapi kurang popular. Namanya mesin kuda tapi yang berlari selalunya itik (20 sen) atau harimau (singgit). Masukkan duit, pilih gandaan bet anda, sekecil 3,4,5,7,8,10 ….1000. Kalau mesin 20 sen, satu 20 sen tu boleh bet sekali je. Tapi anda boleh bet gandaan bet 3,4….1000. Kalau masuk 20 sen, pilih bet 1000 dan kena pulak 1000 ..tahniah anda untung 999 peratus. Tapi nama pun mesin judi. Takkan nak bagi korang makan benda haram, mestila dia sedut duit korang. Bet yang popular selalunya gandaan 3,4,5 dan kalau anda nasib baik anda bet number-number besar pun boleh dapat. Setakat ni aku penah nampak orang dapat 200 punya bet.

Nama pun mesin kuda, so untuk bet kena pilih itik mana yang anda rasa-rasa boleh dapat no. 1-2 dari 1 ke 6 ekor itik. Then itik tu akan berlari terkedek-kedek, sambil ada lagu dia tersendiri, rindu gile lagu tu. Kalau dengar lagu tu asyik nak main mesin kuda je hehe…. Macam aku cakap tadi slalunya yang dapat no.1 bukannya bergantung pada itik tu, tapi bergantung pada gandaan bet. Itik yang mempunyai gandaan bet kecil 3,4,5 slalunya dapat no.1-2 . Slalunya orang yang sabar, akan main bet 3,4,5 . Untung sikit-sikit. Lama-lama jadi bukitkan?

Aku kenal mesin benda alah ni aku rasa masa aku dahjahanam… eh silap…darjah enam, masa tu lepas tuisyen, gua pergi main game kat Bandar Metropolitan Tampin,. Lepas main nampak orang kurumun kat satu mesin. Tengok-tengok …ada pakcik-pakcik tengah tengok itik berlari. Then, mesin tu boleh keluar duit pulak, banyak pulak tu. Ingatkan token. Best gak mesin ni, bisik syaitan kat telinga gua. Masa tu gua tak tau tu mesin kuda. Lepas tu tokey kedai halau gua, cakap ni bukan untuk budak-budak. Gua pun blah terpinga-pinga.

Selang setaun kot, gua punya abang taiko, sape lagi kalau bukan Bujang. “Boy, aku ada projek bayek punya, jom ikut aku. Bawak duit sikit, 60 sen pun ok.” Gua naik beskal ikut abang gua, dengan tanda soal banyak di dahi. Sampai kat sebelah kilang roti Taman Rakyat Bukit Tampin ada rumah kedai tertutup hampir rapat. Dalam kedai tu kosong je …yang ada, mesin dengan tempat duduk. Abang gua bagitau ini mesin boleh produce duit. Gua percaya 10000%. Adik mana yang tak percaya kan abang beb. Dosa kecil tu kalau tak caya. Lepas mendapat penerangan ringkas cara memainkannya , abang gua suruh gua bet. Masuk 60 sen, abang gua amik satu bet gua, siot abang gua rupanya nak pow gua, gua bet 2. Masa tu gua bet 30 lagi satu tak ingat. Gua memang bawak luck hari tu, bet 30 gua kena! Best gile dengar duit 20 sen 30 ketul jatuh ..kaching! kaching! kaching! Pak cik Cina yang main sekali dengan gua pun terkejut.

Happy gila babeng gua aritu, abang gua pun terlompat-lompat. Abang gua amik duit tu, terus ajak gua chiow. 30 ketul = 6 hengget. Modal 60 sen je. Abang gua pow separuh, siot betul abang gua. Sejak aritu gua pegi main benda alah tu, ada la selang 2,3 ari sekali. Sanggup suruh mak buat bekal burger, duit sekolah yang ayah bagi kumpul untuk main kuda..hehe.

Bila abang gua dah bersara main benda alah ni, gua main senyap-senyap secara solo. Gua siap buat kiraan matematik dan kajian timing mesin haram tu. Macam-macam orang gua dah jumpa, pegawai Kastam, polis, samseng…bila polis dan kastam datang gua rasa cuak gak. Setakat ni tak penah kena tangkap, soal-siat ada ..hehe..juvana..so dimaafkan :D . Tapi pandai betul tokey tu lembutkan hati polis. Bape kali dah kena serbu, tapi tak tutup-tutup jugak kedai haram tu. Selang setaun, camtu dah kena tutup kot, operasi besar-besaran seluruh negara.
Gua rasa gua tak penah untung. Tapi biasa la dapat pengalaman. Setakat isap rokok, bawak bohsia jalan-jalan, merempit…tak thrill langsung. Setakat ni bapak gua tak pernah tahu lagi pasal benda alah ni.
Kalau dia tau …gua tau ..korang yang bagitau kan ?!!!


Figure 1. Shows 50 cent slot machine…berlatih tulis rombung hehe..
Tak sangka gua blh jumpa gambar ni . Ha ni la jadual bet, kaler kuning ialah gandaan bet. Kaler merah ialah bape kali korang bet. Macam jadual berkala kimia kan ? :D

« Older entries