Terliur tak title aku ? haha ..
Sebelum korang baca ayat yang seterusnya ..scroll mouse anda ke bawah …play lagu yg aku letak kat bawah tu … then teruskan membaca .
Sedar tak sedar …bahawa hari ini adalah 26 Syawal ..lebih kurang 3 hari lagi …Syawal akan meninggalkan kita ..tapi bagi kitorg budak oversea ..Syawal sudah lama ditinggalkan tatkala rumah terbuka yang terakhir diadakan. Mungkin ia satu2nya rumah terbuka yang dihadiri dan menjadi penutup Syawal bagi kami .
Aku kurang bersetuju dengan beberapa pandangan kawan2 aku yang mengatakan raya dh tk meriah lagi …sbb kita dh besar ..mercun pun susah nak dapat sekarang … pelita minyak tanah dh digantikan dgn pelita L.E.D ..cangggih manggih sekarang .Budak-budak pun tak keluar main mercun ..duduk rumah menghadap tv tengok Astro kot.
Ya ..pada mulanya aku sangat setuju , bila aku berpuasa di Malaysia …serious takde bunyi mercun berdentam-dentum. Hanya bacaan surah dari Tok Imam dan amin dari makmum sahaja kedengaran di masjid . Pelik dan ajaib …dan bagus jugak ..sebab aku cukup bengang budak main mercun dekat dengan masjid tengah2 orang sembahyang . Nak main sampai putus jari pun takpe tapi main jauh-jauh . Mungkin tahun ni hukuman bagi yang memiliki mercun sangat la berat tambahan lagi orang yang buat report dapat habuan .. so mercun susah nak dijumpai ..ghege pun mahal ..
Pasal mercun takde memang raya tak menjadi meriah .Tapi aku tak setuju bila kata dalam umur kita yang dah boleh jadi bapak orang ni ..raya dah tak meriah lagi . Aku rasa raya kali ni bagi aku sangat meriah dan best ..ye la dah 2 taun tak beraya dengan family . Dapat jumpa dengan saudara-mara , jiran-jiran , makcik-makcik yang dah lama aku tak pow duit raya diorang haha …oh silap.. yang dah lama aku tak berkunjung ke rumah diorang .Kang diorang tuduh aku sombong pulak kang ..hehe
“Ha ..tengok la cucu Simah si Boboy tu .. dulu kecik-kecik selalu main kat sini ..”
“Dulu masa kecik selalu datang raya sini collect duit raya , ni dah besar panjang dah belajar jauh jejak tanya khabar pun tak” .. hehe … contoh je ok ? tak berlaku pun .. 
Bila dah umur 20-an macam ni ..rasanya malas nak bergaya, simple-simple je betul tak? ..Macam aku jugak raya aritu ..mak asyik tanya berkali-kali baju raya dah ada belum…Aku buat dek je , tak amik kisah..ada la kot dalam almari tu ..kata aku . Last-last malam sebelum raya , bajunya ada ..seluarnya entah ke mana .., nasib baik terjumpa baju ayah ..nampak macam baru ..color purple ..ayah pulak boleh tak tau kewujudan baju tu ..haha pelik betul . Nasib baikla saiz baju tu sesuai pulak dengan badan aku ..sebat je la ..
Dapat beraya di rumah kawan-kawan juga menjadi salah satu elemen kegembiraan aku untuk raya kali ini. Macam ayat esei Biologi la pulak hehe …yela jumpe kawan ..raya sana sini ..rumah Mimie, Karut , Aseng , eh rumah aku pun ada la hehe …lama jugak tak jumpe korang sume . Ada yang dah keje ada yang dah nak kawen dah . Tahniah kepada Ijat ..nak kawen bulan 12 ni .Kat KLIA masa nak balik aritu jmpe plk Fauzi yang sekarang belajar kt Britain . Aku rasa lepas SPM mana penah jmpe Fauzi lagi . 5 taun lamanya …
Sebut pasal Ijat , (bukan Ijat kosen ok ?) lama gak aku tak jumpe Ijat ..lepas sekolah rendah ada jumpe sekali je ..sekarang dah keje Imigresen ..blh la tolong buat Visa nanti haha… esok nya aku nk balik ..malam tu aku ajak Ijat pergi tgk wayang Senario …pegi shopping2 kat MP dgn Careforre baru for the last time , makan kat Klebang ..cite-cite pasal dia nak kahwin haha … bagus tul Ijat …
Apapun raya tahun ni ..sangat best ..tatkala penerbangan MH52 dari KLIA ke Kansai Airport meninggalkan bumi Sepang terasa berat meninggalkan family di Malaysia . Lepas seminggu dekat Oshima pun masih lagi terasa sunyi..sepi … macam nak balik Malaysia … Lepas tu baru la sumenya kembali normal ..Tak pernah la pulak terasa macam ni … dulu balik ok je ..
Kadang-kadang kita kena berjauhan dengan orang yang kita sayang …sebab kita ada jalan dan tanggungjawab yang telah Tuhan tetapkan .
Aku ada lagu best nak kongsi dengan korang ..mesti korang ingat famili kalau dengar lagu ni.
from Robbie William – My Way



