Mission Possible

Masa kecik-kecik dulu abang aku seorang penagih … bukan ketagih ganja ataupun gam ..dia ketagih kuaci. Ala kuaci yang 10 sen tu ..plastik warna putih ada tulisan hijau-hijau sikit. Dalam plastik tu disertakan sekali dengan daun terup selai …kalau ada rezeki aritu, dapatla daun terup yang tulis seposen … so bagi dekat Pak Long (tokey kedai tu) ..dia akan bagi seposen..kalau dia ‘tipu’  cakap takde duit kecik dia akan bagi sepastik kuaci free .

Alkisahnya ketagihan abangku terhadap kuaci melampau-lampau . Ari- ari pergi kedai Pak Long (bkn Pak Long kitorg eh ..) kat depan Sekolah Vokasional Alor Gajah nun sana (skg dikenali sbg Sek Men Teknik Md Zin),  semata-mata nak beli kuaci. Sampai nenek pun naik bising disebabkan abang aku asyik mengunyah kuaci ..nenek kata boleh kena batuk kering . Pada suatu hari abang aku dah bertambah bijak sikit ..dia tak nak beli kuaci lagi ..banyak duit habis katanya . Pandai pun …tapi ..abang aku ada cara yang lebih effision lagi ..jeng jeng ..

mari kita ke perenggan seterusnya …hehe

So pada suatu hari …abang aku a.ka. Bujang mengadakan mensyuarat tergempar di ‘istana’ kitorang ..kat mana lagi ..kat Sekolah Vokasional la . Macam biasa ahli-ahli yang hadir adalah teman sepermainan kitorang Majaeh (nama sebenar Ramadir ) , Chitam (adik Majaeh ..nama sebenar dh lupa ), Wan Tak Ompok (nama Hazwan hehe..) dan aku a.ka. Boy .  Cadangan yang agak ‘clever’ dan merbahaya abang aku pada masa itu ialah dengan mencuri kesemua kuaci yang ada pada Kedai Pak Long … kan gile namanya tu ? Setelah menambah tolak keburukan dan kebaikan misi tersebut sume ahli mesyuarat bersetuju ..cuma aku masa tu agak kurang bersetuju .. Tapi kalau kena tangkap pun .. kitorang budak skolah rendah lagi ..kes juvana la katakan haha …paling koman pun masuk Universiti Henri Gurney.. kat Melaka gak.

Seperti yang dirancangkan …lebih kurang tengah hari yang hening ..pada hari yang sama …misi cubaan ‘merompak’ kedai Pak Long bermula …

First , abang aku masuk kedai Pak Long beli kuaci sepeket … posisi kitorang berempat masa tu ialah berada di luar kedai Pak Long dan dalam keadaan ‘ready’ .

Selesai abang aku membeli kuaci sepeket …dia pun klua lepak kat luar kedai Pak Long sambil baca paper yang disediakan kat kedai tu .

Sasaran kitorang ialah sebundle kuaci yang tergantung kat luar kedai tu . Dalam satu plastik besar tu ada 50 peket kuaci …dan dalam satu peket kuaci tu ..agak-agak ada berapa bijik ? kita anggap bilangan kuaci dalam satu peket adalah n , so secara metamatiknya 1X50X n sama dengan hasil keuntungan kitorang ..tadashi  n ialah integer yang lebih dari sifar …hehe .

Sambung balik tadi , selepas abang klua ..kitorg berempat pun masuk kedai untuk memainkan peranan masing-masing . Kalau abang aku peranan dia ialah mencuri sebundle kuaci tersebut ..kitorang pulak ditugaskan untuk ‘mencuri’ perhatian Pak Long dan Mak Long hehe ..

So berlakulah kisah sandiwara penipu 4 sekawan ni . Aku pegi beli keropok Super Ring yang oren-oren , yang terlebih pengawet ..terlebih perasa..yang sedap tu … Pak Long melayan aku . Manakala 3 orang lagi bukak peti ais ..beli aiskrim Malaysia ..yang panjang tu .. macam Lightsaber skit ..ada byk color . Diorang siap boleh berbual-bual masa tengah beli aiskrim tu … haha ..Mak Long la yang melayan diorang .

Tengah-tengah Pak Long dan Mak Long busy melayan kitorang .. abang pun without wasting time, becoz time is money hehe … abang merembat seplastik besar kuaci tersebut dan menyorokkan di dalam baju beliau . Dan ..terus memecut berlari menuju ke Sekolah Vokasional . Lepas je bayang abang hilang kitorang pun klua kedai dengan muka slumbernya tanpa rasa bersalah dan sampai pintu gate sekolah terus berlari ke tempat yang dijanjikan.

Lokasi : Bengkel Kayu Sek Vokasional

Mission Accomplished hehe…

Lepas sume berkumpul .. abang memasukkan sebundle kuaci tu dalam sebuah locker besi kat bengkel tu . Sume orang dapat bahagian masing-masing …abang cakap sehari sorang dapat satu peket ..tapi 2,3 ari lepas tu dia tala sorang-sorang 2,3 paket sehari haha …Mula-mula aku sorang je taknak makan hasil rompakan tersebut ..yela ustaz cakap barang haram nanti boleh jadi darah daging kita kat akhirat nanti . Tapi abang aku cakap “takpe ni aku sedekah kat ko …anggap aku yang bagi kat ko ..”.. .so dah dia cakap camtu aku pun terima je la dengan hati yang terbuka..hehe …

‘Rompakan nekad’ tersebut merupakan rompakan terbesar kitorang yang pertama dan terakhir .

next week exam ..aisey tk study start lagi …kena study ni

Lagu best

Cinta Remaja

Artis : Merah (Singaporean band)

Ada satu kisah tentang dua remaja
Dimana berada tetap bersama
Tanpa sedari mereka jatuh cinta
Mereka jatuh cinta

Mmm…

Dan kini mereka telah berjanji
Untuk setia sehidup semati
Tapi sayangnya cinta mereka itu
Tak pernah kesampaian

Namun kini dipisah tanpa kerelaannya
Karena mereka masih lagi muda

Ahaa… cinta dua remaja
Haruskah terus diteruskan juga
Adakah sementara…
Ohooo…

Ada satu kisah tentang dua remaja
Dimana berada tetap bersama
Tanpa sedari mereka jatuh cinta
Mereka jatuh cinta

Namun kini dipisah tanpa kerelaannya
Karena mereka masih lagi muda

Ahaa… cinta dua remaja
Haruskah terus diteruskan juga
Ahaa… cinta dua remaja
Adakah sementara…
Adakah sementara…
Adakah sementara…
Adakah selamanya…

Namun kini dipisah tanpa kerelaannya
Karena mereka masih lagi muda

Ahaa… cinta dua remaja
Haruskah terus diteruskan juga
Ahaa… cinta dua remaja
Adakah sementara…
Adakah sementara…
Adakah sementara…
Adakah selamanya…

Cinta bukan untuk  suka-suka


Hitohirano Hanabira

Artis : Stereo Pony

hitohira no hanabira ga yurete iru boku no tonari de ima
machigatta koi datta sonna koto omoitaku wa nai

tel no mukou kurai kao shiteru
kiridasu kotoba ni obietenda
ittai itsu kara bokura konna kimochi ni
kizukanai furi tsuzukete tanda
deatta hi no you na ano suki tooru kaze no naka de
yarinaoseru no nara mou ichido dakishimetai

hitohira no hanabira ga yurete iru boku no tonari de ima
machigatta koi datta sonna koto omoitaku wa nai

suki datta hazu datta itsu datte koe ga kikitaku naru hodo
sore nanoni te ga todoku saki no kimi ga mienaku narisouda

heiki datte sugu gaman shiteta nowa
kitto bokutachi no warui toko de
itsumo issho ni itaitte omotteta noni
surechigai wa genjitsu wo kaeta
deatta hi no you na ano yawaraka na egao datte
sugu ni tori modoseru ki ga shiteta dakishimetai

hitohira no hanabira ga yurete iru boku no tonari de ima
machigatta koi datta sonna koto omoitaku wa nai

damatta mama no kimi no te no hira
tadori tsuita namida ga hajiketa
konna bokutachi no jikan wo maki modoshite

hitohira no hanabira ga mai ochita boku no tonari de ima
machigatta koi datta nante wasurerareru hazu wa nainda

suki datta suki datta ima datte sugari tsukitaku naru hodo
sore nanoni te ga todoku saki no kimi ga mienaku narisouda

WordPress doesn`t support imeem`s widget …damn !

Kaki Kesemak

Kaki

Ding dong ! .. kedengaran bunyi alarm di dalam sebuah kedai hardware tatkala seorang pemuda melangkah masuk ke dalam kedai tersebut . Sudah 4,5 langkah dijejak, pemuda yang segak itu mencari-cari bayang tuan punya kedai. Beberapa saat kemudian muncul seorang wanita Jepun dalam lingkungan lewat 60-an. Pemuda itu tersenyum .

“Aaa..! Hisashiburi!” kata wanita itu dengan tersenyum.

“Hisashiburi desu ..”, balas pemuda itu dgn tunduk sebagai hormat .

“Sila la masuk ..sekejap saya buatkan kopi”, pelawa wanita itu .

*Hisashiburi – oh lama nya tidak berjumpa

Pemuda itu duduk dan melihat sekeliling kedai itu . Riak wajahnya dapat diterjemahkan bahawa kedai itu tidak berubah. Kali terakhir dia mengunjungi kedai itu ialah pada musim panas yang lepas . Wanita itu muncul semula dengan secawan kopi .

“Creamer dan gula ada di sini ..douzo ” , kata wanita itu.

*douzo – silakan

Aku tidak dapat menipu lagi ..ya pemuda itu ialah aku . Tetapi aku dan wanita atau lebih tepat dengan panggilan makcik itu ..kami tiada perhubungan apa-apa . Sekadar kawan biasa …jauh sekali teman tapi mesra. Bibit-bibit pertemuan kami bermula 2 tahun yang lepas apabila aku datang membeli barangan dapur di kedainya. Pada masa itu juga dihidangkanku kopi dan bertanya tentang asal-usulku yang bermuka asing ini .

“Kamu suka kan kaki bukan ? sekejap saya ambilkan “, tanya makcik itu .

“Ini ada limau dan kaki dan ini adalah keledek …keledek ini kamu basuh dan panaskan dengan ketuhar gelombong mikro . Masa sejuk-sejuk begini makan keledek panas, memang sedap ” , kata makcik itu sambil meletakkan sebungkus plastik yang sarat dengan buah-buah di depanku.

“Terima kasih ” , ucapku tanda hormat.

Disingkatkan kata , dipendekkan perbualan ..aku meminta diri . Sebelum aku bingkas untuk memulakan langkah keluar makcik itu memberi lagi sebungkus buah kaki yang belum cukup masak . Makcik itu seakan-akan mengingati bahawa buah kaki adalah buah kegemaranku . Sejak musim luruh dua tahun yang lalu aku memberitahunya yang aku gemarkan buah kaki yang tidak pernah ku lihat di Malaysia. Sejak itu juga setiap tahun aku menerima buah kaki yang dipetik dari dua batang pokok di belakang rumahnya.

“Hari sudah gelap , jalan baik-baik ya ..” , kata mak cik itu .

“Baiklah …terima kasih makcik” , balasku.

Aku memulakan kayuhan basikal, balik dengan hati yang gembira …lalala…. :-)

Kesemak

Aku ingin meminta maaf ..gaya penulisanku berbeda kali ini . Maklum sajalah baru baca blog sahabatku, Sang Pelangi . So ..mari kita beralih  ke isi penting . Semenjak aku datang Jepun ..ada dua buah yang aku suka yang sebelum ni tak pernah makan kat Malaysia . Buah kaki dan buah melon . Buah melon ni adik beradik buah tembikai susu ..tapi dia lagi sedap banyak . Buah melon ni boleh didapati sepanjang tahun ..dan harganya sebijik 30 hingga 50 ringgit Malaysia . Kalau jual kat Malaysia orang yang beli boleh bankcrupt, orang yang jual pun boleh bankcrupt jugak kalau takde orang nak beli . Aku suka sangat melon sampai tahap aku akan beli apa saja jenis minuman, aiskrim atau kuih yang berperisa melon yang aku jumpa . Aku rasa melon ni ada dijual di pasaraya Malaysia sebab macam penah nampak kat t.v. Cuma kita lebih suka beli buah-buahan kat pasar atau pasar malam ..so tak jumpela melon. Dulu aku ingat melon ni labu haha …

Itu pasal melon. Buah kaki 柿 atau dalam bahasa Malaysia ialah  buah kesemak (Indon : Kesemek) …haha aku tak tipu tak caya pergi google sendiri. Buah kaki ni rupa dan saiz dia macam ..tomato ada …limau ada ..epal pun ada  ..isinya lembut sikit dari epal ..selalunya warna oren kemerah-merahan. Rasanya ..manis lebih kurang macam mangga ..tapi tk serasa macam makan mangga .  Faham ? Susah la nk explain rasa dia ..of coursela buah lain ..rasa pun lain . Tapi memang sedap .

Buah kaki hanya boleh didapati masa musim luruh sahaja .. ini yang pelik pasal buah ni . Sebatang pokok kaki yang sederhana tinggi boleh menghasilkan hingga seratus biji untuk satu musim . Banyak tu … dan harga sebiji buah kaki yang besar ialah ¥130 atau 4 hengget . Masa aku balik tahun lepas ..pergi Giant Seremban ada terjumpa buah kaki ..harga dia sebiji memang 3 ringgit lebih ..import dari New Zealand . Tak luak pun buah tu ..sape nak beli kan ..? Buah kaki ni terbahagi kepada dua jenis satu yang manis satu yang jenis tak manis . Jenis yang tak manis ni selalunya akan diperam dengan alkohol untuk jadikan dia manis. Aku lupa nama jenis yang tak manis ni ..makcik tu ada bagitau semalam . So kenala berhati-hati jangan beli yang jenis yang beralkohol tu …kang tak pasal-pasal sebab makan buah kaki … bercakap macam orang kena sampuk haha …takdela aku tipu je .. tkdela effect dia sampai mabuk ..kot .

Kalau baca kat Wikipedia dia tulis …kat Indonesia dan Malaysia pun ada buah kaki ni . Tak tahu la pulak …balik nanti tanya nenek/tok wan/ tok anjang ye adik-adik.

Buah Kaki Buah Tangan
Siapa baik hati punya banyak teman …

boru ha doko ?

Chukang Happyo

Last week berlangsung nya chukang happyo atau Presentation for Mid Term .Macam biasalah kita yang bukannya berlidah Jepun kenala buat skrip ..hafal-hafal …tkleh la nk berucap mcm org Jepun.Tambahan pulak aku ni hitomae dame ..ataupun nervous berucap depan orang ramai.  Apapun yokatta ..even dekat tengah-tengah ada terlupa skrip ..dapatla jugak happyo dengan baik .

Yang paling bagus aku dapat jawab semua soklan-soklan Sensei yang bertubi-tubi menyerang . Terhangguk-hangguk jugak Sensei Kenkyu aku seakan-akan mengiyakan sume jawapan aku  . Aku paham pun sebab sume tunjuk ajar yang diberi oleh  Matsuyama Sensei ,sensei kenkyu aku . Esoknya sensei cakap happyo aku paling bagus daripada kawan-kawan aku yang sama kenkyu dgn aku hehe …. Tapi aku rasa aku paling bagus sebab aku dapat jawab soalan berbanding diorang yang present macam faham-faham tapi tak dapat jawab soalan .Lucky!!  Matsuyama Sensei memang sempoi…takde marah-marah ..takde nak merungut-rungut. Arigatou!!

*happyo- present

*kenkyu – researchreseachroom

gambar ni kalau korang perhati betul-betul ada pelik sikit kan ?

Hari ini..

Hari ini tadi ada PJK ..PJK tu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan … macam nk tulis nama En Jasri la pulak kat Jasmani tu haha .. Hari ni lesson terakhir untuk golf .. tengah aku practice pukul-pukul angin ..seorang member aku tanya “bola kau mana?” .. masa tu aku simpan bola dalam kocek windbreaker aku . So aku pun tepuk-tepukla poket tu cakap “dekat sini” ..tiba-tiba semua member aku gelak haha …lawak betul …kalau korang rasa tak lawak ..korang lambat pick up la  ..

Mr Khoo

Banyak pulak benda nak cite .. biasala takde keje…kang busy tak dapat update blog pulak. Sebut pasal “bola golf” tersebut teringat masa tuition untuk PMR dulu . Masa tu aku tuition Sains , Math dan  BI . Sains  dan Math diajar oleh Mr Khoo . Aku suka cara Mr Khoo ajar.. terang , jelas dan nyata …hehe. Aku rasa sebab Mr Khoo ajar la Sains dan Math bagi aku macam makan kacang je … riaknya haha . So satu hari tu Mr Khoo ajar tentang alat pembiakan lelaki hehe… ni Sains tau ..jangan fikir benda lain . Dia pun tanya dekat satu kelas ..

“Kenapa itu dua bola ada dekat luar?, kenapa ..? kenapa letak nya dekat luar ? tak rasa menyusahkan ke dekat luar ?”

sume orang bantai gelak …haha

“Why ? kalau dekat luar ..nanti orang tendang ..pecah macammana ? nanti masa kawen sudah rosak tak boleh guna  macam mana ? .. ha ..kenapa ?” tambah Mr Khoo.

Haha .. berderai ketawa satu kelas .. lawak gile Mr Khoo .

“Ha ..sebab dia perlukan haba ..bla …bla … supaya sperma tidak mati ..bla..bla ” jawab Mr Khoo.

Haha … kalau korang rasa lucah post kali ni .. mesti Sains PMR korang dapat B haha ..