Kaki
Ding dong ! .. kedengaran bunyi alarm di dalam sebuah kedai hardware tatkala seorang pemuda melangkah masuk ke dalam kedai tersebut . Sudah 4,5 langkah dijejak, pemuda yang segak itu mencari-cari bayang tuan punya kedai. Beberapa saat kemudian muncul seorang wanita Jepun dalam lingkungan lewat 60-an. Pemuda itu tersenyum .
“Aaa..! Hisashiburi!” kata wanita itu dengan tersenyum.
“Hisashiburi desu ..”, balas pemuda itu dgn tunduk sebagai hormat .
“Sila la masuk ..sekejap saya buatkan kopi”, pelawa wanita itu .
*Hisashiburi – oh lama nya tidak berjumpa
Pemuda itu duduk dan melihat sekeliling kedai itu . Riak wajahnya dapat diterjemahkan bahawa kedai itu tidak berubah. Kali terakhir dia mengunjungi kedai itu ialah pada musim panas yang lepas . Wanita itu muncul semula dengan secawan kopi .
“Creamer dan gula ada di sini ..douzo ” , kata wanita itu.
*douzo – silakan
Aku tidak dapat menipu lagi ..ya pemuda itu ialah aku . Tetapi aku dan wanita atau lebih tepat dengan panggilan makcik itu ..kami tiada perhubungan apa-apa . Sekadar kawan biasa …jauh sekali teman tapi mesra. Bibit-bibit pertemuan kami bermula 2 tahun yang lepas apabila aku datang membeli barangan dapur di kedainya. Pada masa itu juga dihidangkanku kopi dan bertanya tentang asal-usulku yang bermuka asing ini .
“Kamu suka kan kaki bukan ? sekejap saya ambilkan “, tanya makcik itu .
“Ini ada limau dan kaki dan ini adalah keledek …keledek ini kamu basuh dan panaskan dengan ketuhar gelombong mikro . Masa sejuk-sejuk begini makan keledek panas, memang sedap ” , kata makcik itu sambil meletakkan sebungkus plastik yang sarat dengan buah-buah di depanku.
“Terima kasih ” , ucapku tanda hormat.
Disingkatkan kata , dipendekkan perbualan ..aku meminta diri . Sebelum aku bingkas untuk memulakan langkah keluar makcik itu memberi lagi sebungkus buah kaki yang belum cukup masak . Makcik itu seakan-akan mengingati bahawa buah kaki adalah buah kegemaranku . Sejak musim luruh dua tahun yang lalu aku memberitahunya yang aku gemarkan buah kaki yang tidak pernah ku lihat di Malaysia. Sejak itu juga setiap tahun aku menerima buah kaki yang dipetik dari dua batang pokok di belakang rumahnya.
“Hari sudah gelap , jalan baik-baik ya ..” , kata mak cik itu .
“Baiklah …terima kasih makcik” , balasku.
Aku memulakan kayuhan basikal, balik dengan hati yang gembira …lalala….
Kesemak
Aku ingin meminta maaf ..gaya penulisanku berbeda kali ini . Maklum sajalah baru baca blog sahabatku, Sang Pelangi . So ..mari kita beralih ke isi penting . Semenjak aku datang Jepun ..ada dua buah yang aku suka yang sebelum ni tak pernah makan kat Malaysia . Buah kaki dan buah melon . Buah melon ni adik beradik buah tembikai susu ..tapi dia lagi sedap banyak . Buah melon ni boleh didapati sepanjang tahun ..dan harganya sebijik 30 hingga 50 ringgit Malaysia . Kalau jual kat Malaysia orang yang beli boleh bankcrupt, orang yang jual pun boleh bankcrupt jugak kalau takde orang nak beli . Aku suka sangat melon sampai tahap aku akan beli apa saja jenis minuman, aiskrim atau kuih yang berperisa melon yang aku jumpa . Aku rasa melon ni ada dijual di pasaraya Malaysia sebab macam penah nampak kat t.v. Cuma kita lebih suka beli buah-buahan kat pasar atau pasar malam ..so tak jumpela melon. Dulu aku ingat melon ni labu haha …
Itu pasal melon. Buah kaki 柿 atau dalam bahasa Malaysia ialah buah kesemak (Indon : Kesemek) …haha aku tak tipu tak caya pergi google sendiri. Buah kaki ni rupa dan saiz dia macam ..tomato ada …limau ada ..epal pun ada ..isinya lembut sikit dari epal ..selalunya warna oren kemerah-merahan. Rasanya ..manis lebih kurang macam mangga ..tapi tk serasa macam makan mangga . Faham ? Susah la nk explain rasa dia ..of coursela buah lain ..rasa pun lain . Tapi memang sedap .

Buah kaki hanya boleh didapati masa musim luruh sahaja .. ini yang pelik pasal buah ni . Sebatang pokok kaki yang sederhana tinggi boleh menghasilkan hingga seratus biji untuk satu musim . Banyak tu … dan harga sebiji buah kaki yang besar ialah ¥130 atau 4 hengget . Masa aku balik tahun lepas ..pergi Giant Seremban ada terjumpa buah kaki ..harga dia sebiji memang 3 ringgit lebih ..import dari New Zealand . Tak luak pun buah tu ..sape nak beli kan ..? Buah kaki ni terbahagi kepada dua jenis satu yang manis satu yang jenis tak manis . Jenis yang tak manis ni selalunya akan diperam dengan alkohol untuk jadikan dia manis. Aku lupa nama jenis yang tak manis ni ..makcik tu ada bagitau semalam . So kenala berhati-hati jangan beli yang jenis yang beralkohol tu …kang tak pasal-pasal sebab makan buah kaki … bercakap macam orang kena sampuk haha …takdela aku tipu je .. tkdela effect dia sampai mabuk ..kot .
Kalau baca kat Wikipedia dia tulis …kat Indonesia dan Malaysia pun ada buah kaki ni . Tak tahu la pulak …balik nanti tanya nenek/tok wan/ tok anjang ye adik-adik.
Buah Kaki Buah Tangan
Siapa baik hati punya banyak teman …


zaki johari berkata,
November 11, 2008 pada 5:08 pm
Lebih mudah dan lebih dikenali di Malaysia sebagai pisang kaki. Tak gitu?
beghue buchik berkata,
November 12, 2008 pada 11:29 am
kat tepi sunshine ni ada pokok kaki. aku dh curi 2 biji setakat nih.
lydiarayyan berkata,
November 12, 2008 pada 12:48 pm
Hisashiburi!!!!!!!!!!!!
Hazu berkata,
November 18, 2008 pada 6:31 pm
Zaki : a’ala buah pisang kaki , mcm pnh dgr masa kecik2 dlu, tp mgkin tk sesedap sni punya kot hehe
Beghue: pakcik tu punya kaki cm to masak lg je
rose berkata,
November 21, 2008 pada 3:53 pm
melon tak pernah makan ke?selalu kat asrama2 bukan bg mkn melon kew?
honey dew kan?
kat jakarta panggil melon gak..takder le kesemak..huhuhu
jojo berkata,
November 26, 2008 pada 2:22 am
alah melon tu adik bradik labu la tu…pisang kaki tu pokok dia besar…aku dae tanam..yang jual kat kedai tu dah cun kalau betul2 buah dia berbulu mcm miang rebung…kena lap kat rumput baru bole pegang kalo tak mcm kera kena blacan gatal2…
SangPelangi berkata,
Disember 2, 2008 pada 3:10 pm
Oo patutlah aku rasa lain macam tadi. Ini macam memerli gaya penceritaan aku ni. Ciss. Hahaha.
Weh,aku ada petua nak kasi Buah Kaki cepat merah. Masukkan dalam beras. Manis betul.
amalina berkata,
Disember 6, 2008 pada 1:38 am
pisang kaki kan?