Masa kecik-kecik dulu abang aku seorang penagih … bukan ketagih ganja ataupun gam ..dia ketagih kuaci. Ala kuaci yang 10 sen tu ..plastik warna putih ada tulisan hijau-hijau sikit. Dalam plastik tu disertakan sekali dengan daun terup selai …kalau ada rezeki aritu, dapatla daun terup yang tulis seposen … so bagi dekat Pak Long (tokey kedai tu) ..dia akan bagi seposen..kalau dia ‘tipu’ cakap takde duit kecik dia akan bagi sepastik kuaci free .
Alkisahnya ketagihan abangku terhadap kuaci melampau-lampau . Ari- ari pergi kedai Pak Long (bkn Pak Long kitorg eh ..) kat depan Sekolah Vokasional Alor Gajah nun sana (skg dikenali sbg Sek Men Teknik Md Zin), semata-mata nak beli kuaci. Sampai nenek pun naik bising disebabkan abang aku asyik mengunyah kuaci ..nenek kata boleh kena batuk kering . Pada suatu hari abang aku dah bertambah bijak sikit ..dia tak nak beli kuaci lagi ..banyak duit habis katanya . Pandai pun …tapi ..abang aku ada cara yang lebih effision lagi ..jeng jeng ..
mari kita ke perenggan seterusnya …hehe
So pada suatu hari …abang aku a.ka. Bujang mengadakan mensyuarat tergempar di ‘istana’ kitorang ..kat mana lagi ..kat Sekolah Vokasional la . Macam biasa ahli-ahli yang hadir adalah teman sepermainan kitorang Majaeh (nama sebenar Ramadir ) , Chitam (adik Majaeh ..nama sebenar dh lupa ), Wan Tak Ompok (nama Hazwan hehe..) dan aku a.ka. Boy . Cadangan yang agak ‘clever’ dan merbahaya abang aku pada masa itu ialah dengan mencuri kesemua kuaci yang ada pada Kedai Pak Long … kan gile namanya tu ? Setelah menambah tolak keburukan dan kebaikan misi tersebut sume ahli mesyuarat bersetuju ..cuma aku masa tu agak kurang bersetuju .. Tapi kalau kena tangkap pun .. kitorang budak skolah rendah lagi ..kes juvana la katakan haha …paling koman pun masuk Universiti Henri Gurney.. kat Melaka gak.
Seperti yang dirancangkan …lebih kurang tengah hari yang hening ..pada hari yang sama …misi cubaan ‘merompak’ kedai Pak Long bermula …
First , abang aku masuk kedai Pak Long beli kuaci sepeket … posisi kitorang berempat masa tu ialah berada di luar kedai Pak Long dan dalam keadaan ‘ready’ .
Selesai abang aku membeli kuaci sepeket …dia pun klua lepak kat luar kedai Pak Long sambil baca paper yang disediakan kat kedai tu .
Sasaran kitorang ialah sebundle kuaci yang tergantung kat luar kedai tu . Dalam satu plastik besar tu ada 50 peket kuaci …dan dalam satu peket kuaci tu ..agak-agak ada berapa bijik ? kita anggap bilangan kuaci dalam satu peket adalah n , so secara metamatiknya 1X50X n sama dengan hasil keuntungan kitorang ..tadashi n ialah integer yang lebih dari sifar …hehe .
Sambung balik tadi , selepas abang klua ..kitorg berempat pun masuk kedai untuk memainkan peranan masing-masing . Kalau abang aku peranan dia ialah mencuri sebundle kuaci tersebut ..kitorang pulak ditugaskan untuk ‘mencuri’ perhatian Pak Long dan Mak Long hehe ..
So berlakulah kisah sandiwara penipu 4 sekawan ni . Aku pegi beli keropok Super Ring yang oren-oren , yang terlebih pengawet ..terlebih perasa..yang sedap tu … Pak Long melayan aku . Manakala 3 orang lagi bukak peti ais ..beli aiskrim Malaysia ..yang panjang tu .. macam Lightsaber skit ..ada byk color . Diorang siap boleh berbual-bual masa tengah beli aiskrim tu … haha ..Mak Long la yang melayan diorang .
Tengah-tengah Pak Long dan Mak Long busy melayan kitorang .. abang pun without wasting time, becoz time is money hehe … abang merembat seplastik besar kuaci tersebut dan menyorokkan di dalam baju beliau . Dan ..terus memecut berlari menuju ke Sekolah Vokasional . Lepas je bayang abang hilang kitorang pun klua kedai dengan muka slumbernya tanpa rasa bersalah dan sampai pintu gate sekolah terus berlari ke tempat yang dijanjikan.
Lokasi : Bengkel Kayu Sek Vokasional
Mission Accomplished hehe…
Lepas sume berkumpul .. abang memasukkan sebundle kuaci tu dalam sebuah locker besi kat bengkel tu . Sume orang dapat bahagian masing-masing …abang cakap sehari sorang dapat satu peket ..tapi 2,3 ari lepas tu dia tala sorang-sorang 2,3 paket sehari haha …Mula-mula aku sorang je taknak makan hasil rompakan tersebut ..yela ustaz cakap barang haram nanti boleh jadi darah daging kita kat akhirat nanti . Tapi abang aku cakap “takpe ni aku sedekah kat ko …anggap aku yang bagi kat ko ..”.. .so dah dia cakap camtu aku pun terima je la dengan hati yang terbuka..hehe …
‘Rompakan nekad’ tersebut merupakan rompakan terbesar kitorang yang pertama dan terakhir .
next week exam ..aisey tk study start lagi …kena study ni


men hensem berkata,
November 23, 2008 pada 1:43 am
haha.syabas r sbb agak best r blog ko kali nih,wlpon agak geli ckit..haha.tp kropok super ring tlbih pewarna tuh aku minat gk smpai arini..haha
saiful berkata,
November 23, 2008 pada 1:33 pm
Salam…..
Tak gempar ke pak long, kuaci sebundle hilang?
Korang semua tak jadi suspek?
Mesti korang tak pi kedai pak long lagi kan,kan,kan?
;0
Hazu berkata,
November 23, 2008 pada 1:42 pm
men tak hensem : ada satu lagi yg jenis sedap sebesar kuih donat tu ..tu lg terlebih racun tikus tu ..haha
Saiful: haha lepas tu rasanya lama tk gi kedai Pak Long ..pastu gi gak ..Kedai Pak Long supplier utama kitorg. Tkde la plk klua harian metro mengenai kes rompakan tersebut hehe ..
gerektua berkata,
November 23, 2008 pada 3:09 pm
time tu ding dang ada kan…
qish berkata,
November 24, 2008 pada 9:12 am
keji sial kau… pencuri!
alanbest berkata,
November 24, 2008 pada 3:23 pm
mat.. tahniah.. aku intiraf ni post ko terbaik stakat ni.. lagi baik dari post minah cina aritu..
hebat la abang ko.. tapi kesian gak la kat pak long.. So smpai skrg pak long msti tak tau korang pencuri kuaci dia..
Kepada paklong, andai anda membaca blog ini, hubungi lah empunya blog ini utk menuntut balik kuaci2 anda..
jojo berkata,
November 26, 2008 pada 2:42 am
kok rompak duit kat bank trill sikit..ni rompak kuaci..hmmm makanan burung kakak tua je tu..tp aku tau kodai kek dopan skolah tu..kang balik kojo aku nak cakap kek tuan kodai tu…
Hazu berkata,
November 26, 2008 pada 3:16 am
gerektua :
Jojo 2 hengget tak mampu nk beli masa tu ..skg tk hingin pun hehe
Qish :
Kitorg mencuri tapi pak long tk sedar kuaci dia ilang ..kira tk keji sgtla hehe
Alanbest ke ? :
Agak-agak blh dpt Datuk dpd kerajaan Melaka tak ?Aku promote kampung aku kt tenet ni ..
Kalo aku bukak 7E kat Alor Gajah nnt nk suh Pak Long jagala hehe
Jojo:
Kodai eh ado lagi ko ..den pun tk tawu
JHaZKiTaRo berkata,
November 28, 2008 pada 12:31 am
salam dari Dublin.. pekaba?? saje2 bloghopping, terhop ke sini pulak.. anyway, kalau rajin, dtg laa jenguk2 blog hamba..
Hazu berkata,
November 28, 2008 pada 2:01 am
salam dari Yamaguchi ..baik ..tgh examla …nnt senang2 den jenguk terus eko kat Dublin ..tlg annai skali ..
JHaZKiTaRo berkata,
November 28, 2008 pada 5:04 am
annai tu mende?? huhuh
SangPelangi berkata,
Disember 2, 2008 pada 3:06 pm
Gila adik beradik ni. Kau pun join sama tu. Kekeke.
Ade plak boleh main halal-halal macam tu. Haha. Biasalah budak kecik.
Aku dulu pernah mencuri RM50 dari dompet pakcik aku time tidur. Beli Dindang RM1, pastu pulang balik RM49 dalam dompet dia. Amcam ganas tak? Wakaka.
Esa berkata,
Disember 8, 2008 pada 12:42 am
Bayar balik duit tu woh.
Hazu berkata,
Disember 8, 2008 pada 11:28 am
Sang Pelangi : Singgit mana ganas ..nnt aku citer lagi kisah kitorg mencuri hehe
Esah : Pinjam duit ko ..tade duit ah
SyAhiRah^LaLAla berkata,
Disember 12, 2008 pada 10:15 am
tak sangka. muka bukan main innocent lagi ttb penah rompak kuaci kat kedai depan sekolah teknik tu. haha. apelah hazwan ni. *gelakgulingguling*
auroradiana berkata,
Disember 29, 2008 pada 7:48 pm
~hahahaha..gelak guling2….abg botak xnk abis duet sbb nk mkn kuaci?! hahahahahahahhaah…..
kecik2 dah kedekut, da bsr makin kedekut….kah3
pastu ade pulak 4 org pengiring perompak…kah3…xleh bayang kalo aku pun join…geli bulu mate gue…