Jika rambut kamu tidak lurus, jangan mimpi mahu berawek Jepun

Tahun 2009 bakal menjelang, sudahkah kamu merancang azam untuk tahun depan?

Atau aku patut tanya, sudahkah kamu/aku melunaskan janji-janji pada tahun 2008?

Takpe ada 2,3 hari lagi, good luck untuk kamu dan juga aku

Azam: Apa azam pada tahun 2009 ni?
Aku: Macam tahun-tahun lepas, continue benda 2008 yang tak start lagi.

Azam: Oh…apa azam 2008 yang tak start lagi?
Aku: Cadangnya nak study nihonggo level 1, belajar CAD 3D, aku suka benda design-design ni…tapi tula kat kolej tak dapat banyak belajar.
Tapi tula ..tak start lagi ..

Azam: So rancangan baru untuk tahun 2009?
Aku: Nak keluar karaoke dengan awek Jepunla…mungkin lepas masuk dai nanti.
*dai- universiti

Tapi mungkin kena luruskan rambut dulu.

Azam: Saya harap saudara berjaya

Ditemuramah oleh Mohd Shahrul Azam dari majalah Kuntum.

Contoh rambut tidak lurus:

Awek Kaunter

Awek KFC

Lokasi : KFC KLIA

Kalau balik ke Jepun ..sudah menjadi kemestian budak-budak Melayu membeli KFC di KLIA untuk dibawak balik ke Jepun ..sama ada untuk perut sendiri ..kawan-kawan atau sempai-kohai . Termasukla aku .. beli set family combo punye .. masuk dlm hangluggage bawak masuk dalam kapal terbang …memang bau KFC je nnt dalam flight .  Ayam KFC tu untuk dimakan di Jepun ye ..bukan dalam flight …dan memang tersangat nikmat makan ayam KFC di Jepun…

Meenachi : Ye..encik nak order apa ?

Aku : Err.. bagi saya set no 3 yang 7 ketul ni..bungkus ye

Meenachi : Ok ..RM bla..bla.

Aku : Beli banyak-banyak ni..tak dapat air free ke ? (tersengih ..actually dahaga masa tu)

Meenachi tu pun tersenyum terus blah ..alamak dia nak panggil manager ke ? Takut gak masa tu ..tup…tup dia amik satu cup kertas ..isi air Pepsi bagi kat aku ..

Aku : Thank you.  (sambil memberi senyuman paling manis )

Oh ye ..Ayam KFC di KLIA rasanya paling best dalam Mesia . :D

Awek GSC

Bulan pose lepas …tension duk rumah 2 minggu  .. so tergerak hati nak pergi tengok wayang kat Dataran Pahlawan Mall ..itu first time aku masuk Mall tu .. baru lagi ..besar … ada Carrefour ..GSC ..restoran Jepun ..dan lain-lain lagi . Mula-mulanya tak tau nak tengok cite apa ..dalam list kepala ada Zohan dan Death  Race ..masa tu cuti skolah ..tak ramai orang ..memang best ..Ada 3 orang awek jaga kaunter GSC tu .. tiga-tiga tak lawa ..haha ..Aku ingat cite Zohan dah takde lagi ..rupanya kat GSC tu masih lagi ditayangkan ..

Aku : Err Zohan…

Awek 1 : Berapa orang ?

Aku : Sorang  (..hehe..)

Awek 1 : Ala .. sorang je ? ..alamak…

Aku : Kenapa ? ada masalah ke ?

Awek 1 : Urm ..sebenarnya ..takde orang pun nak tengok cite ni ..awak sorang je ..

Aku : Eh yeke … (sambil tengok screen seat)

Awek 1 : Asal tak bawak girlfriend …?

Aku : Girlfriend sume tak cuti la ..

Awek 1 : Ooo ramai girlfriend la ..ni ..

Aku : Bolehla skit-skit ..

Awek 1 : Isy …tak baik skandal-skandal ni ..

Aku : (ek ele awek ni )

Awek 1 : Tengok cite lain la ..

Aku : Erm..Death Race pukul bape ?

Awek 1 : Death Race lambat …cite lain la ..

Aku : ( Mana ada cite best lagi …)

Aku : Takpela bagi saya Zohan tu ..

Awek 1 : La… nak tengok sorang-sorang ke ..

Awek kaunter sebelah menyampuk

Awek 2 : Kalau tengok sorang-sorang nanti ada ‘orang lain’ yang temankan..tak takut ke ?

Tiga-tiga awek itu ketawa dengan tak cun nya .. huh

Aku : (Ek ele awek gemuk ni …).. Aa bagi je la .saya sorang pun takpe ..walaupun saya sorang pihak  awak kena tayang kan jugakkan ?

Awek  1 : Urm..yela-yela ..ingat nak temankan awak ..nasib baik saya tengah keje ..

Aku :  ……..

Masuk dalam panggung ..memang aku sorang la…takde orang … ari tu ketawa sorang-sorang je tengok  Zohan ….pergh kan best kalau ada awek kat sebelah time tu … peluk-peluk …sambil makan pop corn

Pelik ke tengok wayang sorang-sorang ? Rasa ok je .. macam tengok projector kat umah …best apa

Suatu Kisah Klasik Cinta

Diceritakan semula mengikut gaya dan imaginasi penulis …

Kelihatan seorang pemuda Malaysia berdiri di home stesen kereta api . Sambil melihat jam di tangan, dia menanti kereta api dengan sabar … gusar kelihatan di wajahnya ..mungkin dia risau akan terlewat ke kelas . Kalau terlewat ke kelas ..mesti akan dimarahi oleh sensei yang mengajar . Orang Jepun memang strict dengan masa …kalau ada temu janji ataupun mesyuarat …pastikan kita dapat menunjuk muka 10 minit sebelum majlis bermula . Tentang pemuda itu ..ya ..dia seorang pelajar Kosen …Kosen mana atau dari negeri mana pemuda itu berasal tidak lah pulak diketahui . Yang pasti dari hostel ke Kolej dia terpaksa menaiki kereta api setiap hari .

Sedang dia menunggu kereta api yang seperti tidak akan datang …datang seorang wanita Jepun yang cantik rupa parasnya beratur di belakang pemuda tersebut . Haruman semerbak minyak wangi dari wanita itu menarik perhatian pemuda itu untuk menoleh kebelakang ..melihat siapakah gerangan di belakangnya . Pemuda itu menoleh ke belakang dan jatuh hati dengan keayuan wanita Jepun itu ….rambutnya yang hitam lurus berkilat , mukanya yang putih melepak bak bulan purnama dan pipinya yang gebu bak lembutnya kuih dorayaki telah membuatkan pemuda itu jatuh hati dengan wanita tersebut .

Tidakla pulak diketahui umur wanita tersebut ..samaada dia adalah syakaijin (orang yang dah berkerja ) ataupun daigakusei (pelajar universiti) . Kita namakan lelaki Melayu itu Khairul Anwar (bukan nama sebenar) dan perempuan itu Toda Erika (juga nama palsu). Sedang Khairul asyik memandang Erika ..kereta api pun tiba dan Khairul seperti dipukau..tidak menyedari kereta api telah tiba . “Excuse me , kereta api telah tiba ” kata Erika kepada Khairul . Khairul pun terjaga dari mimpi ciptaannya sendiri dan melangkah masuk ke dalam kereta api dengan muka yang seolah-olah bahagia . Yang bestnya ..Erika memilih untuk duduk di sebelahnya . Mereka bertukar-tukar senyuman .

Hari itu telah membuatkan Khairul betul-betul sedikit ‘gila’ ..asyik teringatkan wajah Erika yang comel itu . Walaupun sensei tengah mengajar , dia gagal memberi perhatian di dalam kelas … asyik tersenyum sorang-sorang sahaja . Tidak sabar rasanya untuk menunggu hari esok untuk berjumpa dengan Erika , tapi ..dapatkah dia berjumpa dengan Erika lagi ? Perkara itu berlegar-legar di dalam kepalanya ..sehingga suara sensei menerjah masuk kedalam igauannya . “Kairuru !” jerit sensei, “Hait! ” Khairul terkejut dan bingkas bangun menyahut teriakan senseinya.

Esoknya di home yang sama kelihatan Erika sedang berdiri menunggu kereta api . Hati Khairul berdebar-debar setiap kali terpandang Erika ..inikah namanya cinta ? Rasa macam dalam filem Kuch Kuch Hota Hai ..Khairul bermonolog dalam dirinya . Khairul menunduk sedikit dan mengucapkan selamat pagi kepada Erika . Erika sambil tersenyum membalas salam Khairul . Dan setiap pagi di home yang sama …mereka berjumpa bertukar salam dan senyuman .

Pada suatu hari Khairul nekad untuk berbual dengan Erika ..dia mahu berkawan dengan Erika ..dan kalau boleh mungkin lebih dari persahabatan . Khairul menegur Erika ..bertanyakan macam-macam ..entah apa yang dibualkan ..yang pasti kehidupan Khairul sebagai seorang pelajar Kosen membolehkan dia bertutur bahasa Jepun dengan lancar . Erika pula dengan hati yang terbuka dan memang hendak berbual Khairul . Cuma dinding perasaan malu sebagai seorang wanita Jepun membataskannya untuk memulakan perbualan . Ternyata langkah Khairul amat tepat …dan hari-hari yang mendatang merupakan hari-hari bahagia mereka berdua . Daripada berbual , bertukar-tukar no telefon dan keluar bersama …dapat dirasakan bibit-bibit cinta telah bercambah dalam hati mereka berdua .

Dan perasaan cinta itu subur dengan semaian baja pertemuan hari-hari mereka . Pada suatu hari Erika menjemput Khairul datang kerumah bertemu dengan ibu bapanya . Ibu bapa Erika yang sedar dengan perubahan sikap anak perempuan mereka tidak menyangka bahawa lelaki asing yang menjadi pilihan Erika . Ibu bapa Erika tidak merestui perhubungan mereka berdua dan memberi amaran keras kepada Erika supaya tidak berjumpa lagi dengan Khairul . Begitu juga Khairul diingatkan supaya tidak berjumpa lagi dengan Erika . Remuk hati mereka berdua , hanya air mata dan nama Khairul menjadi ‘zikir’ harian Erika .

Cinta yang disemai dan tumbuh dengan segar dicantas oleh kedua ibu bapa Erika. Tetapi Erika tidak mengaku kalah … begitu juga Khairul ..mereka masih berjumpa secara senyap-senyap . Perkara tersebut dapat dihidu oleh ibu bapa Erika , dan mereka membuat keputusan untuk ‘menyorok’ Erika dari Khairul . Setelah beberapa hari tiada panggilan mahupun mesej dari Erika , Khairul berasa sesuatu berlaku terhadap Erika dan bergegas ke kediaman Erika . Dia terkejut …pintu rumah Erika terbuka melopong ..dan dalamnya kosong! Mereka telah berpindah ..remuk hati Khairul … Tidak berapa lama selepas itu … Khairul mendapat mesej daripada Erika .. “Aitai!!!”, kata Erika .

*Aitai – Nak jumpa

Erika menjelaskan ibu bapanya berpindah untuk mengelakkan dia bertemu dengan Khairul . Ternyata cinta Erika terhadap Khairul sangat kuat ..kali ini Erika nekad untuk lari dari rumah ..dan lari bersama Khairul ..! Baginya tiada apa lagi yang penting di dunia ini selain Khairul dan mereka melarikan diri . Ibu bapa Erika melaporkan kepada polis tentang kehilangan anak mereka dan Khairul dipersalahkan kerana melarikan anak dara orang . Khairul dilepaskan dengan jaminan polis dan dengan syarat dilarang bertemu dengan Erika lagi.

……. Maaf …..

Cerita ini berakhir di sini …

Tiada apa yang nak diceritakan lagi . Cerita mereka berdua berakhir begitu sahaja.

Walaupun tidak diketahui penghujung ceritanya …bumi Sakura tetap menjadi saksi kisah klasik cinta ini .


erikaayam

Mungkinkah Erika secomel ini ? dan Khairul sehensem ini ? (sekadar gambar penyeri)