Nervous to talk in front of people ?
dont have self-confidence to talk in front of audience ?
Steve Jobs will teach you how to be a good presentator ..
I like Steve Jobs ..
Januari 30, 2009 pada 12:03 pm (corat-coret)
Nervous to talk in front of people ?
dont have self-confidence to talk in front of audience ?
Steve Jobs will teach you how to be a good presentator ..
I like Steve Jobs ..
Januari 24, 2009 pada 2:24 am (kehidupan, pendapat)
Kamu orang suka tengok Upin dan Ipin ? Kalau kamu suka ..mesti kamu tahu pasal filem Geng ..
Kamu sudah tengok trailernya bukan ? Wow!! ..marvelous !! sugoi !!! Itulah yang terpacul di mulut kita apabila melihat trailer filem tersebut . Macam tidak percaya ianya 100 peratus buatan tangan anak tempatan ..
Yang menariknya pasal filem ini. ceh macam aku dah tengok je ..ianya menonjolkan pemandangan Malaysia yang serba kekampungan ..dan melibatkan watak-watak yang Malaysian . Bila tengok aksi-aksi kejar mengejar bersama ayam mahupun lembu … teringat pulak masa zaman kecik-kecik dulu ..nakal-nakal … tinggal dengan nenek kat kampung . Jangan silap aku bukan orang KL, Damansara mahupun Shah Alam …aku kenal Starbuck pun lepas SPM .
Bermula dengan 3 orang … kini Les Copaque mempunyai lebih 50 orang animator-animator ‘lepasan universiti yang sihat’ yang terlibat di dalam filem Geng . Aku kagum lepas membaca sejarah penubuhan syarikat animasi ini . Membuat satu filem dalam masa 2 tahun bukanlah satu benda yang senang macam membuat duit dengan skim cepat kaya .Apa-apa pun tahniah kepada team Les Copaque ..

Dulu ..aku pernah bercita-cita mahu menjadi komputer animator kalau aku tidak berjaya di dalam bidang Sains . Tapi tula …aku genius dalam Matematik dan Fizik ..so terpaksala amik engineering …Kalau aku gagal dalam SPM mesti aku dah berkerja dengan Les Copaque
Mari kita ikuti sedutan pembikinan filem Geng ..best gile ..
http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1506
Pagi tadi aku terkejut,selama 2 tahun aku duduk kat Oshima ..first time yuki (salji) turun di Pulau Oshima dengan agak banyaknya ..putihla jugak rumput .. Mungkin ada yang cakap ..laa..biasala tu yuki turun …jakun ke ? Mungkin biasa bagi di sesetengah tempat kamu..Tapi kalau kat Pulau Oshima ni ..nak tunggu yuki turun sampai rumput jadi putih tu macam menunggu awek Jepun bagi no telefon pastu ajak tengok konsert Ajikan…Haa.. macam tu la …sini agak suam-suam kuku ..selalunya yuki akan cair di udara sebelum yuki-yuki itu tersembam menyembah bumi ..
Berikut adalah gambar yang ditangkap pagi tadi di perkarangan hostel …tengok aku tak tipu ..

Januari 22, 2009 pada 10:04 am (kehidupan)
Aku hanya boleh melihat tiket Ajikan di auction dijual dengan harga ¥1200 sahaja
Takde orang pun nak challenge harga tu ..sebab auctionnya tamat pukul 7:30 pagi
Aku hanya boleh melihat …tiket itu terbang ke tangan orang lain ..
Tiket yang sebenarnya berharga ¥5060 itu …tak tercapai dek tanganku …
Bukannya miskin wang duit harta ..tetapi miskin teman wanita ..
Kalaulah aku ada teman wanita Jepun yang memakai baju sailor , berskirt pendek , berstoking hitam panjang ..
Tentu aku sudah pergi bersama teman wanita itu ..
Tetapi tula .. kalau la kan ?
Takpela ..mungkin ada hikmah di sebaliknya …
Sebagai ganti …aku masih boleh menonton konsert Ajikan yang aku download seminggu yang lalu
Januari 17, 2009 pada 5:40 pm (kehidupan)
Mungkin ada yang tahu ..ada juga yang tak tahu ..aku suka Ajikan ..
Ajikan tu bukannya 味缶 ataupun makanan dalam tin ..pandai-pandai je aku cipta kanji
Ajikan tu juga bukannya nama awek Jepun yang aku minat …( aisey lagi 2 bulan..gambare! )
Ajikan ialah singkatan bagi Asian Kung-fu Generation ..satu kumpulan band rock Jepun
Mereka orang Asia tapi mereka tak tahu kung-fu jangan salah faham ..
Kalau kamu pernah dengar lagu Haruka Kanata, Rewrite, Shindo kaku..merekalah Ajikan
Best bukan ?

Ajikan akan mengadakan konsert jelajah di Hiroshima 24 hb ni …
Ajikan tidak akan datang ke Yamaguchi ..apatah lagi Ube ..
Aku macam nak pergi ..tapi dalam masa yang sama gundah-gulana ..
28,29 hb ada Presentation Project ..5hb Feb ada exam ..18 hb kena hantar thesis ..doushiyou?
Nak pergi ke tak…?
Nak pergi ke tak…?
Nak pergi ke tak …?
Tapi kalau ada orang nak pergi ..aku nak pergi ..hehe ..