Laporan penuh Majlis Graduasi

Pada tanggal 15 hb yang lalu bertempat di Oshima (Pulau Besar), Kolej Teknologi dan Maritim Oshima, aku telah menamatkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan berjayanya. Dengan itu aku layak menerima sekeping sijil Diploma dan sejambak bunga. Setelah 5 tahun (lepas SPM) belajar berhempas pulas …akhirnya aku layak menerima sekeping (sekeping..?) Diploma. Aku masuk Kolej ni dari tahun 3 dan sekarang aku tahun 5.

Jutaan terima kasih kepada sensei-sensei yang bagi test senang-senang dan juga rakan-rakan yang banyak bagi copy nota dan soklan-soklan tahun sudah.

Tapi yang paling best masa Majlis Graduasi ni ialah kawan baik aku, Alan, Esah (bini Alan) dan juga dua orang kohai, Khairuddin dan Hana datang melihat Matsumoto Jun ini aku bergraduasi. Terharu bercampur gembira aku…siap dapat bunga lagi…TERIMA KASIH kerana datang!!! Korang memang best daripada Apek Senario. Bunga tu aku simpan leklok.. don`t worry.
kohai – junior

Intisari Majlis Graduasi.
1) Sehari sebelum Hari Majlis Graduasi, aku pergi beli suit dengan tergesa-gesanya di Aoyama. Dahla mahal..salesman Aoyama penipu. Tu first time aku pergi Aoyama, dan mungkin lepas ni tak pergi lagi. S.I.OT betul. Moral of the story, kalau nak beli suit beli masa summer.

2) Sehari sebelum tu juga aku nak gunting rambut aku yang berikal-ikal ni. Tapi two wise girls said that rambut aku macam Rangga. Dan mereka juga berkata aku akan popular di Toyohashi dengan rambut macam ni. Aku memang senang terpengaruh dengan pujian orang.

3) Pagi Hari Majlis Graduasi, aku pergi kelas dengan bersuit lengkap. Terserempak dengan sensei kelas, dia tersengih. Bila aku masuk kelas, suma budak beruniform. Aik ? aku rasa pelik asal sume orang beruniform, tidak bersuit ?
Bila aku tanya sensei, dia cakap sekolah ni graduate pun memang pakai uniform cabuk tu. Dia suruh aku balik tukar uniform. S.I.O.T lagi. Dahla mahal suit tu aku beli.

4) Masa Majlis Graduasi, aku tak menyahut ‘Hait!’ masa nama aku dipanggil. Aku terlupa..bukan apa.. aku takut masa aku naik tangga amik sijil, aku tersadung. Aku asyik memikirkan benda tula sampai terlupa.

5) Semasa Pengetua membacakan nama aku berbinkan nama bapak aku, beliau terhenti di sekerat jalan dalam 8 saat kat nama bapak aku. Aku dah kaget, nak bagitau ke tak..aku bertindak berdiam diri..biar dia baca. Kalau dalam sebutan Jepun, nama bapak aku sukar sikit untuk disebut. Pengetua baca sekerat depan,sekerat belakang nama bapak aku.

Kalau aku cukur kerat rambut depan dan belakang dia …agak-agak rupa dia camne? Pengetua taun ni tak bestla…nampak serius. Aku suka pengetua dulu yang macam santa claus.

6) Bila aku baca sijil Diploma yang memang penting itu, aku rasa urat-urat kepala aku timbul. Siapa itu Mohd Nazwan?

∞) Pada malam tu ada Jamuan Graduasi di hotel. Malam tu kurang bestla, sensei-sensei sume control minum, kira tak dapatla tengok sensei menyanyi mahupun menari.
Ballroom kelas aku bersebelahan dengan ballroom kelas si dia. Masa aku nak semayang maghrib, aku turun ke lobi. Masa turun tangga, aku ternampak si dia kat lobi sorang-sorang …lawa gile dia malam tu… dia pakai dress warna  kuning emas …kat baju berkilau-kilau macam ada diamond.

Masa dia ternampak aku, tiba-tiba aku rasa doki-doki. Doki-doki tu jantung berdegup pantas, aku rasa adrenalin bergerak laju dalam kapilari darah aku .  Kalau dalam cite Twilight, Edward cakap dia ada adrenaline rush bila nampak Bella.  Ha.. macam tula aku rasa.  Sape lagi pompuan yang boleh merushkan adrenaline aku?  Tapi aku  balik dari majlis itu dengan perasaan tidak puas hati dan sedikit sedih   …bersambung…

Nota buku di muka : Gambar-gambar macho saya di Majlis Graduasi

Kadang-kadang nak jugak …

Kadang-kadang nak jugak ..
Tapi kalau ada, kadang-kadang menyusahkan jugak..
Nak kena itu ini..
Kalau ada yang jauh lagila parah ..

Tapi tula kalau ada best jugak..
Boleh dapat kad masa birthday..
Kalau dapat kaya sikit, dapat hadiah mahal..hehe
Ada gak orang bagi bunga masa sotsugyo..
Ada gak orang kirim sms…
Ada gak orang boleh tolong kemas-kemas barang ..
Ada gak orang tolong kemas buku-buku bawah meja..
Boleh jugak dengar suara lembut…yela balik-balik suara garau je yang call..

Tapi kalau ada kang…
Nak tulis komen Facebook kat awek lain pun tak leh..
Nak chat dengan awek lain pun tak boleh…
Nak klua teman tengok wayang dengan orang lain pun tak boleh..
Banyak pulak pantang larang…
Kena call sebelum tido…
Kalau kena call setiap jam …? ha…
Masa cuti kena jalan-jalan sama-sama..
Eh tapi best gak..jalan sama-sama..

Bila asyik tengok muka tu je ..
Kadang-kadang mungkin rasa jemu..
Tu belum ada ikatan lagi ..

Tapi kalau takde orang di sisi..
Hidup rasa sunyi..
Hanya gambar artis menjadi teman ilusi..

Karya asal oleh,
Mohd Hazwan
Oshima National College of Maritime Technology
Sebarang salinan semula tanpa kebenaran dalam bentuk cetakan atau elektronik tidak dibenarkan.

Kiriman Berantai

Orang panggil TAG ..tapi aku tak nak iktiraf .. aku nak panggil Kiriman Berantai. Sebab benda ni akan berantai-rantai macam Rantai Makanan. Siapa lepas baca kiriman ini atau pun dikirim berantaikan ..ha..kena tulis sendiri punya balik .. Of coursela kat blog sendiri bukannya di ruangan komen. Paham?

First time aku buat menda tak berfaedah ni. Oh ye, aku dikirim berantaikan oleh Alan Nasution.  Dia cakap dia orang Jawa so ..aku tambah la Nasution tu haha ..

#UNNE: Describe 10 things about the person who tag you (aku tulis dengan jujur)

1. GELI

2. Rasa diri best , orang lain tak best.

3. Rasa dia sorang je macho, handsome, Yamapi, babyface, Tomok, orang lain tak.

4. Rasa dia sorang je normal, orang lain pelik.

5. Doh – M ,istilah bahasa Jepun moden bermaksud jenis yang ‘menyerah’ bukan ‘menyerang’ , o.k la tu Esah, Doh-S (‘menyerang’) . Best gak Doh-M

6. Sempai yang bukan sempai

7. Acap kali kokoroyowai (lemah semangat)

8. Kalau ada rahsia …Alan akan bagitau dengan aku , walaupun dia cakap dia bagitau aku sorang je…orang lain dia tak bagitau…Tapi bila aku tanya sume orang ..sume orang tau dari dia.. haha … tapi Alan tau, aku bukan jenis pecah rahsia macam dia , so rahsia-rahsia korang sume selamat dengan aku hehe…

9. Berbakat dalam bidang penulisan, main gitar dan berkaraoke …tak suke kolaj. Kalau aku berduet dengan Alan, aku rasa kitorang best.

10. Suka toshi ue (orang lebih tua) :D

#RENDE : Describe 10 things about you ( Aku tulis dengan jujur, tak riak eh ..)

1. Nama glamour Zack. Famili dan orang kampung suka panggil Boy atau Boboy. Tapi bila ayah bercakap dengan orang lain, aku rasa lawak bila ayah panggil aku Hazwan …haha.. Orang Melayu suka panggil Wan. Ada sorang member aku suka panggil Awan. Aku suka nama Awan, macam hero dalam Stormrider. Tak jumpa lagi orang bernama Angin. Kawan-kawan Jepun, sensei-sensei suka panggil Hazu. Nanti kalau aku dapat cipta satu unit S.I , aku nak guna Hazu. Contoh : 1 kiloHazu …best kan ?

2. Single, teruna , bujang. Sangat cerewet dalam memilih teman istimewa. Sedang menyukai si dia, tapi sekarang aku lebih menyukai duit hehe… Toshi shita zuki (suka orang lebih muda). Kalau boleh..kalau bolehla.. nak kahwin dengan orang bukan Melayu. Dapat anak lawa, bini pun lawa … gerenti tak kawen lagi. Oh ye, anak berketurunan mix ni otak dia lebih pandai sikit. Contoh: KRU dan aku.

3. Kampung di Alor Gajah, Melaka. Sekolah di Melaka. Suka Melaka. Melaka maju. Dah kahwin pun nanti nak duduk Melaka. Bahasa orang Melaka kasar, tapi rock apa ?

4. Sangat bijak dan menggemari ilmu hisab dan  fizik. Selalu dapat markah tinggi Fizik masa kat MOZAC dulu haha..riak. Tapi tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Selalu dapat markah terendah BI dalam kelas.  Juga dahulu tidak menggemari B.I . Dulu masa nak dekat SPM, semua orang mentelaah Ilmu Hisab Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, tapi  aku sorang baca buku karangan Bahasa Inggeris. Sume orang rasa pelik.

5.  Boleh berbahasa Cina dan Tamil secubit. Dulu jiran-jiran suma orang Cina, orang India. Main bola, gasing, teng-teng, badminton suma dengan orang Cina dan India. Masuk Oshima, ada subjek bahasa Cina, so belajar bercakap dan menulis bahasa Cina secara formalnya. Senangla nak deal dengan tokey-tokey balak nanti.

6. Pemalu dan pendiam. 2 benda yang paling senang nak describe pasal aku. Malu tu kan salah satu sifat yang baik ..betul tak ?  Kenapa saya berdiam ..ha..bersambung kat bawah

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Dan banyak lagi di sini :  http://mylily.wordpress.com/2008/04/09/hikmah-diam/

Diam tak semestinya aku tak pandai buat lawak. Hanya orang tertentu je boleh dengar lawak aku.

7. Berambut lurus, ikal mayang di hujung secara natural.  Dulu budak Jepun ingat aku buat straight perm kat saloon …padahal rambut aku semula jadi lawa camni. Gambar di bawah menujukkan rambut yang dimaksudkan.


Camnilah rambut aku sekarang. Orang dalam gambar tu bukan aku.

8. Lebih cendorong untuk menjadi follower daripada leader. Tapi nak leader ikut idea aku hehe…

9. Tak pandai main gitar walaupun ada gitar . Ini sume pengaruh rakan sebaya termasuk YUI .  Ntahla mungkin aku ni takde bakat dalam bermain alat muzik, tapi Tuhan bagi aku bakat pandai melukis. Aku suka benda seni yang melibatkan design, lukis-lukis, warna-warna, arca, lekat-lekat. Kan lagi senang daripada baca note muzik yang susah itu? Tak rasa cam tu ke ?

10.  Aku minat berniaga. Sekarang aku berniaga di internet …hehe best.. nantila aku citer. Aku agak penjimat dan suka simpan duit,  tapi orang cakap aku kedekut. Nasib baik diorang tak panggil aku kemut.  Mempunyai impian untuk membuka syarikat sendiri. Tapi tidak mempunyai impian untuk berkawan dengan artis, walaupun nanti dah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Panjang gile aku tulis ..buang masa betul.. masa tu kan duit. Baik chat dengan awek-awek customer aku.

#MUNNA: At the end you have to choose 10 people to be kirim berantaikan and list their name.

1 . Azlan Nasution (Kalau ko nak perbetulkan description ko di atasla)

2. Ayam (takde blog ..buatla blog)

3. Men (juga tkde blog…tapi suka ulang cerita)

4. Che Det (sesuaila dengan cara penulisan point form)

5. Diana Danielle (nak gak tau background Diana Danielle)

6. Yet (ha.. buat blog Yet)

7. Bun (rakan suka Ajikang)

8. Honey lalala.. (rajin tulis tag)

9. Karut (lama tak update blog)

10. Naim .. ha..cukup pun 10 orang

Terima kasih Gunung Mulut

Terima kasih kepada warga Gunung Mulut…dan juga penduduk Istana Kayangan Sinaran Mentari

yang ..sentiasa berbesar hati memberi tempat bergossip, bersuka-ria, berBBQ, bermain PS, berngumpat, berkutuk antara satu sama lain, berpasang-pasangan, beraya.. berteduh selama 36 purnama di bumi sakura ini.

Nanti jumpa di sotsugyoshiki ..15 hb ni datanglah beramai-ramai di Madrasah Maritim Pulau Besar. Penginapan tidak disediakan.

Tak bukak lagi bungkusan pink ni ..harap-harap dapat ipod Nano yang terbaru.

cimg1446

Kepada kohai ..

Time study..study lah betul-betul

Time berhibur, berhiburla seliburnya ..

Time ingat Tuhan, ingatlah Tuhan …

Tidak ramai yang akan mengingatkan kita …semuanya di atas bahu sendiri

Sebagai membalas budi kalian,  terimalah lagu ciptaan dari hamba sendiri .. mungkin tidak sebagus Encik Huzil86 .