Kiriman Berantai

Orang panggil TAG ..tapi aku tak nak iktiraf .. aku nak panggil Kiriman Berantai. Sebab benda ni akan berantai-rantai macam Rantai Makanan. Siapa lepas baca kiriman ini atau pun dikirim berantaikan ..ha..kena tulis sendiri punya balik .. Of coursela kat blog sendiri bukannya di ruangan komen. Paham?

First time aku buat menda tak berfaedah ni. Oh ye, aku dikirim berantaikan oleh Alan Nasution.  Dia cakap dia orang Jawa so ..aku tambah la Nasution tu haha ..

#UNNE: Describe 10 things about the person who tag you (aku tulis dengan jujur)

1. GELI

2. Rasa diri best , orang lain tak best.

3. Rasa dia sorang je macho, handsome, Yamapi, babyface, Tomok, orang lain tak.

4. Rasa dia sorang je normal, orang lain pelik.

5. Doh – M ,istilah bahasa Jepun moden bermaksud jenis yang ‘menyerah’ bukan ‘menyerang’ , o.k la tu Esah, Doh-S (‘menyerang’) . Best gak Doh-M

6. Sempai yang bukan sempai

7. Acap kali kokoroyowai (lemah semangat)

8. Kalau ada rahsia …Alan akan bagitau dengan aku , walaupun dia cakap dia bagitau aku sorang je…orang lain dia tak bagitau…Tapi bila aku tanya sume orang ..sume orang tau dari dia.. haha … tapi Alan tau, aku bukan jenis pecah rahsia macam dia , so rahsia-rahsia korang sume selamat dengan aku hehe…

9. Berbakat dalam bidang penulisan, main gitar dan berkaraoke …tak suke kolaj. Kalau aku berduet dengan Alan, aku rasa kitorang best.

10. Suka toshi ue (orang lebih tua) :D

#RENDE : Describe 10 things about you ( Aku tulis dengan jujur, tak riak eh ..)

1. Nama glamour Zack. Famili dan orang kampung suka panggil Boy atau Boboy. Tapi bila ayah bercakap dengan orang lain, aku rasa lawak bila ayah panggil aku Hazwan …haha.. Orang Melayu suka panggil Wan. Ada sorang member aku suka panggil Awan. Aku suka nama Awan, macam hero dalam Stormrider. Tak jumpa lagi orang bernama Angin. Kawan-kawan Jepun, sensei-sensei suka panggil Hazu. Nanti kalau aku dapat cipta satu unit S.I , aku nak guna Hazu. Contoh : 1 kiloHazu …best kan ?

2. Single, teruna , bujang. Sangat cerewet dalam memilih teman istimewa. Sedang menyukai si dia, tapi sekarang aku lebih menyukai duit hehe… Toshi shita zuki (suka orang lebih muda). Kalau boleh..kalau bolehla.. nak kahwin dengan orang bukan Melayu. Dapat anak lawa, bini pun lawa … gerenti tak kawen lagi. Oh ye, anak berketurunan mix ni otak dia lebih pandai sikit. Contoh: KRU dan aku.

3. Kampung di Alor Gajah, Melaka. Sekolah di Melaka. Suka Melaka. Melaka maju. Dah kahwin pun nanti nak duduk Melaka. Bahasa orang Melaka kasar, tapi rock apa ?

4. Sangat bijak dan menggemari ilmu hisab dan  fizik. Selalu dapat markah tinggi Fizik masa kat MOZAC dulu haha..riak. Tapi tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris. Selalu dapat markah terendah BI dalam kelas.  Juga dahulu tidak menggemari B.I . Dulu masa nak dekat SPM, semua orang mentelaah Ilmu Hisab Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi, tapi  aku sorang baca buku karangan Bahasa Inggeris. Sume orang rasa pelik.

5.  Boleh berbahasa Cina dan Tamil secubit. Dulu jiran-jiran suma orang Cina, orang India. Main bola, gasing, teng-teng, badminton suma dengan orang Cina dan India. Masuk Oshima, ada subjek bahasa Cina, so belajar bercakap dan menulis bahasa Cina secara formalnya. Senangla nak deal dengan tokey-tokey balak nanti.

6. Pemalu dan pendiam. 2 benda yang paling senang nak describe pasal aku. Malu tu kan salah satu sifat yang baik ..betul tak ?  Kenapa saya berdiam ..ha..bersambung kat bawah

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Dan banyak lagi di sini :  http://mylily.wordpress.com/2008/04/09/hikmah-diam/

Diam tak semestinya aku tak pandai buat lawak. Hanya orang tertentu je boleh dengar lawak aku.

7. Berambut lurus, ikal mayang di hujung secara natural.  Dulu budak Jepun ingat aku buat straight perm kat saloon …padahal rambut aku semula jadi lawa camni. Gambar di bawah menujukkan rambut yang dimaksudkan.


Camnilah rambut aku sekarang. Orang dalam gambar tu bukan aku.

8. Lebih cendorong untuk menjadi follower daripada leader. Tapi nak leader ikut idea aku hehe…

9. Tak pandai main gitar walaupun ada gitar . Ini sume pengaruh rakan sebaya termasuk YUI .  Ntahla mungkin aku ni takde bakat dalam bermain alat muzik, tapi Tuhan bagi aku bakat pandai melukis. Aku suka benda seni yang melibatkan design, lukis-lukis, warna-warna, arca, lekat-lekat. Kan lagi senang daripada baca note muzik yang susah itu? Tak rasa cam tu ke ?

10.  Aku minat berniaga. Sekarang aku berniaga di internet …hehe best.. nantila aku citer. Aku agak penjimat dan suka simpan duit,  tapi orang cakap aku kedekut. Nasib baik diorang tak panggil aku kemut.  Mempunyai impian untuk membuka syarikat sendiri. Tapi tidak mempunyai impian untuk berkawan dengan artis, walaupun nanti dah menjadi ahli perniagaan yang berjaya.

Panjang gile aku tulis ..buang masa betul.. masa tu kan duit. Baik chat dengan awek-awek customer aku.

#MUNNA: At the end you have to choose 10 people to be kirim berantaikan and list their name.

1 . Azlan Nasution (Kalau ko nak perbetulkan description ko di atasla)

2. Ayam (takde blog ..buatla blog)

3. Men (juga tkde blog…tapi suka ulang cerita)

4. Che Det (sesuaila dengan cara penulisan point form)

5. Diana Danielle (nak gak tau background Diana Danielle)

6. Yet (ha.. buat blog Yet)

7. Bun (rakan suka Ajikang)

8. Honey lalala.. (rajin tulis tag)

9. Karut (lama tak update blog)

10. Naim .. ha..cukup pun 10 orang

4 komen

  1. yet berkata,

    Mac 12, 2009 pada 6:33 am

    halloo blank..haha.. :D ko tag aku @ aku dikirim berantaikan mende di atas…wuhuuu…untuk pertama kalinye….hahha..tp, nak wat mcm mane kan, aku xde blog la blank…aku kalo wat blog, nanti jd famous plak aku..hahaha..juz kidding.. :P btw, aku pon setuju yg pasal diam tu..huhu..

  2. bun berkata,

    Mac 12, 2009 pada 2:51 pm

    lame tol x bukak blog anda.. bz sgt skarang aku ni.. tidak tersangka aku masuk dlm list tag mengetag anda ni..

    sebut psl ajikan, td aku tejumpa makhluk Tuhan kt skolah aku ni seriously sejibik sama dengan Gotoh front-man tuh.. mcm 81% serupa.. dahtu aku usha2, kwn dia lak yg teperasan.. cis2..

    title blog ko uniq.. DIAM.. deep inside a man.. penuh tersirat.. gud2…betul tu.. diam tu bagus, slain x membazir amilase liur, x gak tambah dosa2 terhimpun…

    kankankan… aku ni selamba je komen2, sepertinya sudah lame kenal.. haha.. xpe kan.. buat kwn tu x salah..

    uish, pnjang lak komen kali ni.. leh buat esei.. haha..

  3. Khairuddin berkata,

    Mac 12, 2009 pada 4:47 pm

    Ahah… kantoi ambik picture orang.. huhu.. lain kali nak selamat, upload dulu guna flickr.. ok??

  4. Mazri berkata,

    Mac 16, 2009 pada 11:31 am

    A.Ah pelik la blog ni. DIAM je. Tapi sebenarnya meriah. Hehe


Kirim Komen