Chery Basi: Rumah Baru

Opening theme : Fa-Fa-Fa by Datarock

Minta maaf kepada peminat-peminat blog ini. Dah lama rasanya aku tak tulis tentang diri aku.
Sekarang aku dah masuk universiti, kira boleh bergelar mahasiswa la haha.. (setelah menanti 5 tahun -.-” )
Course aku ialah Production System Engineering.
Nama universiti aku ialah Universiti Teknologi Toyohashi.
Kat sini ramai komuniti orang Melayu, orang Islam. So dapatla jugak semayang Jumaat.

Tak macam kat Oshima dulu, aku la imam, aku lah makmum.
Bila dah ramai Melayu, sibukla juga dengan kehidupan realiti.
Tiap-tiap petang main bola…rasa macam kembali ke zaman PPKTJ dulu..
Itu yang tak sempat nak tulis blog tu hehe…

Aku tinggal dengan Basyir, budak Bangla yang pandai cakap Kedah. Sebelah rumah kitorang ialah budak Mongolia, Ani dengan budak Myanmar,Nije yang fluently cakap Kedah jugak.
Kami berkawan baik, makan bersama…minum bersama….lalala..
Kami juga berkongsi ‘awek Brazil’ , Miss Integra.


Saya, Ani, Nije dan Basyir


Miss Integra kami , err…gambar dari Google

Oh ye..dah lebih sebulan dah aku bermastautin kat Toyohashi ni. Sini agak convenience la berbanding kat Oshima. Boleh dipanggil bandar la jugak.
Starbuck, McD, Lowson bersepah-sepah.

Bukan nak riak la …tapi..
50m dari pintu rumah kami ada restoran omrice, たまごの家.
Dalam lingkungan 100m ada 2 bijik kombini Lowson, onsen, 4,5 bijik saloon, kedai Pasta. Kurang 200m ada Saizeriya, Kappa sushi, pejabat pos, supermarket.
Memang benri gile la berbanding kehidupan aku kat Oshima dulu.
Best…best…best…
kombini – convenience store
onsen – spa, hot spring
benri – convenience

Kat sini satu je tak best .. angin kuat gile babeng… -.- sape badan sekeping ..boleh terbang~~~
Mungkin disebabkan dari segi geografinya yang berdekatan dengan Lautan Pasifik.
Tapi kat sini takde gempa bumi mahupun taufan…


Bandar Toyohashi mengingatkanku kepada Bandaraya Alor Gajah


Warga Malaysia di Toyohashi

Toyohashi saikou !
saikou – best giler

Semalam Mak,Ayah,Kakak(actually adik),Ika dan Pak Usu pergi menunaikan umrah.
Semoga semuanya selamat sampai dan selamat kembali…
Amin…

Chery Basi – Cerita Basi

Ending theme : Feel Good Inc – Gorillaz

Kilat

Arini hujan ..
Semalam pun hujan..
Minggu ni memang minggu basah..
Hari-hari hujan sampai besok..
Naik kete pun kadang-kadang dengar lagu Hujan.

Tadi guruh berdentum…kilat menyambar ..
Housemate aku Si B (nantila aku bagitau nama dia).. sambung bawah ..
Si B tiba-tiba tutup PC dia..
Sambil berkata “Oh kilat !”
Masa tu Si B tengah tengok cerite Star Trek tahun bape pun aku tak tau..

Aku tanya si B .. asal tutup PC ..? Sebab kilat ke?
Si B membalas “Tula .. kilat la ..”
Haha …aku gelak ..ingat tibi ke apa ..

Nota tapak tangan di muka :
Recently sejak Si B dah tak tengok drama Korea.. dia dah tak mengigau dalam tido. Kalau tak, si B akan mengigau dalam bahasa Korea.

Eh aku tak cerita lagi aku dah pindah rumah kan ?
Nantila aku cer ..bizi la sekarang dengan kehidupan realiti.