1. Hari ni dah start shikeng. Subject Robot dgn BI. Okla …boleh jawab. Shikeng habis Selasa depan. Semoga dapat menjawab dengan baik. shikeng- exam
2. Aritu tengok Transformers. Penat sangat sampai tertido dalam wayang. Macam nak pergi tengok balik nanti. Tapi pening ..tengok robot terbang-terbang..tunggang-langgang..tak dapat tangkap aksi-aksi dia…cepat sangat. Tapi tak tertido masa Megan Fox lari dan berlakon terjatuh…hehe…Oh ye ..kali ni banyak aksi komedi ..dan scene-scene yang takde makna…tak bestla..Bay tak pandai buat unsur komedi kot. Memanjangkan masa tayang je. Sebab tu sampai tertido. Tajuk kali ni Revenge of the Fallen…tapi nampak orang jahat lemah sangat, kena tembak 2,3 kali dah hancur..even size robot dia besar dari Autobot. Tak logik. Kalau nenek tengok ..mesti nenek komen ..”ni cerita penipu ni, melopong ko tengok..” ..Disebabkan geografi Jepun, kami yang tinggal di Jepun adalah antara orang pertama yang menonton movie ni. Siap dapat certificate lagi.
3. Semalam ..kecewa dapat panggilan dari orang baito unagi.
“Maaf kami dah cukup orang..”
Mana nak cari baito natsu ni ?.2 bulan cuti nanti…. Tolongla ..saya nak pergi Europe tahun depan. baito- part time unagi - belut natsu – summer
4. Konversasi antara Nije dan Mat La. Masa tu Nije tengah berita tv3 kat tenet.
Mat La: Nije .. ko tau tak siapa PM sekarang ?
Nije : Pak Lah la ..sapa lagi
Mat La: Ko ni patut kena buang negara ni … Najib dah jadi PM pun ko tak tau..
Nije : Ooo .. patutla asyik Najib ja klua berita
Apek bantai gelak
Konversasi antara Nije dan Ani masa makan malam semalam.
Nije : Ani, hang tau tak sekarang PM Malaysia sapa?
Ani : Pak Lah la …ko ingat aku tak baca berita ke ?
Nije : Najib doh… aku baru tau minggu lepah…
Ani : Oh yeke …?
Shojo S by Scandal
P/S : Baru saya tahu, awek Jepun lebih seksi bila pakai sailor uniform sambil goreng gitar.
Sendai mayor shaves head as apology for taxi ticket abuse scandal
SENDAI — The local mayor surprised the media when he appeared at a news conference over the weekend with his hair shaved as an apology over a taxi ticket abuse scandal.
Sendai Mayor Katsuhiko Umehara, 55, held the news conference to announce his candidacy for the next mayoral race scheduled for July 26.
Stadium Terengganu rebah ke bumi..
Tentu ada silapnya…
Tetapi tiada seorang pemimpin Malaysia pun yang tampil meminta maaf kepada rakyat.
Jutaan ringgit dihabiskan dari kocek rakyat.
Semua menuding jari antara satu sama lain.
Dari Perdana Menteri ke Menteri Besar ke Jabatan Kerja Raya ..ke Konsultan Korea ke kontraktor besar…hinggalah ke kontraktor kecil ..
Mungkin juga buruh-buruh Indonesia boleh dituduh kerana mencuri simen atau konkrit?
Awas kalian ..segera terjun ke Selat Melaka…
Persoalannya tiada seorang pemimpin pun meminta maaf ..
Adakah susah untuk meminta maaf kepada rakyat ?
Sedangkan berjuta daun ringgit kami terbakar begitu sahaja?
Di Jepun, jika kamu seorang menteri dan orang bawahan kamu membuat silap.
Kamu harus meminta maaf dan tunduk di depan kamera rakyat.
Situasi ini dipanggil 謝罪 ’syazai’ di mana pemimpin atau orang kenamaan akan mengaku kesilapan mereka , tunduk dan meminta maaf.
Beberapa tahun kebelakangan ini syazai boleh dilihat hampir setiap minggu/bulan di kaca t.v
Mungkin kerana ekonomi yang lembap ..so pemimpin mencari jalan pintas .
Ada juga menteri yang membunuh diri kerana rasuah !
Tetapi menteri itu akan meninggalkan nota maaf kepada rakyat dan mengaku kesilapannya.
Orang Jepun bukanlah orang Islam..tapi etika mereka hampir seperti orang Islam.
Berbanding di Malaysia, walaupun seorang menteri/ orang kenamaan didapati bersalah kerana rasuah atau pecah amanah..
Si Luncai-luncai ini masih boleh tersenyum di depan kamera dan melambai-lambai wartawan.
Tiada perasaan bersalah mahupun ucapan maaf.
Seolah – olah tiada apa yang berlaku.
Jika pemimpin Jepun boleh menggantung diri mereka sendiri kerana rasuah,
Mengapa tidak kita gantung mereka-mereka ini ?
Ada Jdrama baru yang aku nk shoukai .. Mr Brain .
Kimura Takuya berlakon .. best.. lama jugak tak tengok Kimutaku berlakon.
Dramanya pun menarik.. shoukai- bagi tahu
Lagi seminggu nk exam …tak best nya ..
Rupanya jadi daigakusei ni tak la sebest mcm kosensei
Bab kehadiran kelas..tido dlm kelas tu mmg la best kt daigakusei
Tapi..bab assignment..exam …melambak2 mcm ditimpa hujan batu..
Cara sensei mengajar pun laju..tulis nota pun tk sempat…
Sabar je la … setahun je lagi.. Daigakusei – Mahasiswa Kosensei - Pelajar kolej