Panggilan Cik J

Opening Theme RUIDO by YUI

RUIDO – YUI

Telefon berbunyi ring-ring ..ku angkat ku dengar siapa ? ..tiada orang bercakap..

Aku : Moshi-moshi …
Cik J : Ha! Hazwan .! Tengah buat apa ? tido ke ?
Aku : Err..tengah baca paper (actually tengah baring-baring bukan tido)
Cik J :Wow! Baca paper …bagus !
Aku : Err..sape ni ?
Cik J : Ni saya Cik J**** . Ni mana budak-budak tahun dua ni ? saya call takde orang angkat pun. Budak-budak tahun satu pun tak angkat.
Aku : Diorang balik Cik J. Dari tahun satu sampai tahun 3. Saya sorang je tak balik.
Cik J : Aik..? tapi diorang takde hantar surat balik pun kat saya.
Aku : Bukan memang tu biasa ke Cik J..?.tak hantar surat.
Cik J : Takde ..kalau balik memang kena hantar surat. Ha.. bolehla saya potong biasiswa diorang. Bagusla awak dah jawab untuk diorang ..haha ..nanti kalau diorang tanya saya biasiswa tak cukup..saya suruh diorang mintak kat awakla ..haha ..
Aku : Haha … (enjoy gelak sama). Cik J tau pulak saya tak balik?
Cik J: Takde… saya call sume orang tak angkat ..awak sorang je angkat.. Saya tahu budak Toyohashi cuti awal. Sebab tu saya saje je call. Bagusla awak dah bagi maklumat kat saya ..haha …(Cik J gelak lagi)
Aku : Err..hehe ..

Ini kali kedua Cik J telefon aku. Cik J kalau call dia takkan cakap hello ke bagi salam ke ..dia akan tunggu ko bg hello..bg moshi-moshi sume dlu..terus dia sergah. Lepas tu dia akan tanya ..tengah buat apa? tido ke ? Macam tau je aku kaki tido.
Sejibik macam dia call aku tahun lepas. So kengkawan ..berhati-hatilah ..jika anda mendapat panggilan dari no mcm no KL ..tapi sebenarnya Cik J, 03 3476 4219. Tak caya cuba call, cakap Kuroneko Takkyubin nak hantar barang hehe …

Cara Cik J cakap memang sempoi…mcm cakap dengan member la pulak. Tapi dengar ceritakan ..adala nyah dengar cerita-cerita gosip dari akak-akak kerani embassy. Dengar cer ..Cik J akan dihantar balik ke Malaysia , tapi bukan Cik J tu dibungkus dihantar dengan MASKargola. Maksudnya Cik J mungkin ditukarkerjakan (vocab baru ni) ke Malaysia ataupun ke negara lian.

Sebab dikatakan Cik J telah meng-kick asskan seorang pelajar pulang ke Malaysia di mana BAPAK pelajar tersebut agak berpengaruh dalam kerajaan. Taktau la lepas ni Cik J join Pakatan Rakyat ke tak… Tapi kalau budak tu dah bodoh-sombong, malas pulak tu…wajarla Cik J mengkick-asskan dia. Bagi peluang kat Orang Asli.

RUIDO by YUI ialah ringtone iPhone penulis.

Are you Japanese ? ….Yes I am ! ..

Opening theme AGAIN by Yui

1. Aritu tayar gentsuki Superbike Basyir pancit. Esok paginya pulak, tayar Miss Integra pulak pancit. Nasib baik aku sedar, kalau tak aku lenjan je Miss Integra untuk ke Jusco. Seminggu Miss Integra kaku tak bergerak. Lepas tukar tayar, aku terus bawak Miss Integra dating.
gentsuki- motor 50 cc

int

2. Minggu lepas, entah pasal apa tak leh call umah guna Skype. Oh credit abis , nak top up, aik ? Skype tolak rezeki ? tak nak top up kan. Dapat email dari Skype, anda telah diharamkan untuk menopup credit. Lepas tu masuk laman web Skype. Nak check, apasal kredit boleh tinggal 0 Yen. Patut aritu ada baki 800 Yen.

3.Check punya check, owh Sorry Mr.Hazwan your account has been hacked, and you are not allowed to recharge your credit to prevent fraud and for security. Check history, tu dia ada lebih 20 panggilan telah dibuat ke Afrika, Malawi, Nigeria dan kawasan-kawasan segelap dengannya. Sejak bila pulak aku order tiket World Cup untuk tahun depan ? Lepas tu boleh pulak top up dua kali kredit aku.

4.Mula-mula cuak gak, tapi Skype dapat kesan, sebab tu dia block untuk tambah nilai kredit saya. Siap nak refund lagi. Tapi tu Skype katala …tak refund-refund pun sampai sekarang, account pun tk leh guna. Nasib baik ada duit bisnes dalam PayPal. Buat account baru guna kredit PayPal.

5. Dekat beranda rumah aku dan Basyir kitorang ada tanam tomato dengan terung. Unfortunately, Si Terung mati kerana menghidapi virus Babi. Tapi sempat berbuah. Yoku gambatta na. Fortunately, fortunately pulak ….Si Tomato berjaya hidup sampai sekarang dan dah berbuah. Tapi buah dia kecik, tak cukup baja kot. Ke terbeli anak Tomato kecik ? Oleh kerana semua orang bersuka ria di Malaysia , aku lah orang yang merasmikan tomato-tomato itu.

download

6. Saiking, tiap-tiap petang pergi berenang dekat pool dai dengan Loko dan Abang Yas. Abang Yas ni suami Kak Ainun. Umur 30 lebih kot, tapi sempoi. Kak Ainun buat master dekat sini, Abang Yas pulak sebelum ni tanam anggur. Oleh kerana dia boring tanam anggur dan menjual nasi ayam tiap-tiap Jumaat dekat kitorang, dia mohon sambung master sekali. Cuma tengah tunggu nak masuk lab je. Dekat sini ada 4 famili Melayu, lebih 10 orang budak kecik. Kalau bukak Tadika Kemas pun boleh untung.

7.Tak dapat baito lagi, rasa nak menyumpah-nyumpah je. Ke kena check solat ?

Ending theme Viva la Vida by Coldplay

Home Alone

Opening theme – You, Me, and the Bourgeoisie by The Submarines

1.Exam dah habis seminggu yang lepas.
Kesimpulan : Tak dapat buat dengan bagus. Hancur. Tahun depan sila amik sekali lagi.
Pengajaran : Jangan tido dalam kelas, tido kt umah secukupnya.
Buat tutorial sendiri, kalau tiru pun pahamkan balik.
Ulangkaji la sikit-skit, jangan study last minute!
Minta maaf pembayar cukai a.ka. rakyat Malaysia m(–)m

2.Sabtu aritu sekumpulan pelajar Malaysia di Toyohashi menghilangkan diri kira-kira jam 5 pagi. Mereka tidak diculik oleh makhluk asing… sebaliknya …meninggalkan dunia ……..dunia sakurala … Cuti musim panas sudah bermula …suma orang balik termasuk la Nije, Basyir dan Ani. Tiket 3 mang (RM 1000) untuk 2 bulan, sape tak nak balik? Bak kata Men, berdosa besar kalau tak balik.

Abis yang aku ni bodoh sangat tak balik apa hal lak ?
Aku tak nak balik sebab nak baito. Nak kumpul duit. Kalau balik pun tak buat apa. Duk kat umah, internet lembab, kawan pun jarang-jarang jumpa. Ada yang dah keje, ada yang tak cuti lagi. Tapi ramai kawen tahun ni. Sorry, tak dapat pergi…

Kalau aku balik ..rasa macam graf berdikari tu rata je setiap tahun…so tahun ni kasi naik sikit dengan baito.
So, tinggal aku, motor Basyir, Cik Integra, sempai-sempai dan beberapa keluarga je kat sini. Best gak duk sorang, macam kembali ke zaman kosen. Boleh bawak Cik Integra bersiar- siar.

3. Tadi baru balik dari McD ..pergi tanya pasal baito. Tunggu respond 2,3 ari. Mintak-mintak la dapat.

Ending theme – Shut Up And Let Me Go byThe Ting Tings