Home Alone

Opening theme – You, Me, and the Bourgeoisie by The Submarines

1.Exam dah habis seminggu yang lepas.
Kesimpulan : Tak dapat buat dengan bagus. Hancur. Tahun depan sila amik sekali lagi.
Pengajaran : Jangan tido dalam kelas, tido kt umah secukupnya.
Buat tutorial sendiri, kalau tiru pun pahamkan balik.
Ulangkaji la sikit-skit, jangan study last minute!
Minta maaf pembayar cukai a.ka. rakyat Malaysia m(–)m

2.Sabtu aritu sekumpulan pelajar Malaysia di Toyohashi menghilangkan diri kira-kira jam 5 pagi. Mereka tidak diculik oleh makhluk asing… sebaliknya …meninggalkan dunia ……..dunia sakurala … Cuti musim panas sudah bermula …suma orang balik termasuk la Nije, Basyir dan Ani. Tiket 3 mang (RM 1000) untuk 2 bulan, sape tak nak balik? Bak kata Men, berdosa besar kalau tak balik.

Abis yang aku ni bodoh sangat tak balik apa hal lak ?
Aku tak nak balik sebab nak baito. Nak kumpul duit. Kalau balik pun tak buat apa. Duk kat umah, internet lembab, kawan pun jarang-jarang jumpa. Ada yang dah keje, ada yang tak cuti lagi. Tapi ramai kawen tahun ni. Sorry, tak dapat pergi…

Kalau aku balik ..rasa macam graf berdikari tu rata je setiap tahun…so tahun ni kasi naik sikit dengan baito.
So, tinggal aku, motor Basyir, Cik Integra, sempai-sempai dan beberapa keluarga je kat sini. Best gak duk sorang, macam kembali ke zaman kosen. Boleh bawak Cik Integra bersiar- siar.

3. Tadi baru balik dari McD ..pergi tanya pasal baito. Tunggu respond 2,3 ari. Mintak-mintak la dapat.

Ending theme – Shut Up And Let Me Go byThe Ting Tings