Are you Japanese ? ….Yes I am ! ..

Opening theme AGAIN by Yui

1. Aritu tayar gentsuki Superbike Basyir pancit. Esok paginya pulak, tayar Miss Integra pulak pancit. Nasib baik aku sedar, kalau tak aku lenjan je Miss Integra untuk ke Jusco. Seminggu Miss Integra kaku tak bergerak. Lepas tukar tayar, aku terus bawak Miss Integra dating.
gentsuki- motor 50 cc

int

2. Minggu lepas, entah pasal apa tak leh call umah guna Skype. Oh credit abis , nak top up, aik ? Skype tolak rezeki ? tak nak top up kan. Dapat email dari Skype, anda telah diharamkan untuk menopup credit. Lepas tu masuk laman web Skype. Nak check, apasal kredit boleh tinggal 0 Yen. Patut aritu ada baki 800 Yen.

3.Check punya check, owh Sorry Mr.Hazwan your account has been hacked, and you are not allowed to recharge your credit to prevent fraud and for security. Check history, tu dia ada lebih 20 panggilan telah dibuat ke Afrika, Malawi, Nigeria dan kawasan-kawasan segelap dengannya. Sejak bila pulak aku order tiket World Cup untuk tahun depan ? Lepas tu boleh pulak top up dua kali kredit aku.

4.Mula-mula cuak gak, tapi Skype dapat kesan, sebab tu dia block untuk tambah nilai kredit saya. Siap nak refund lagi. Tapi tu Skype katala …tak refund-refund pun sampai sekarang, account pun tk leh guna. Nasib baik ada duit bisnes dalam PayPal. Buat account baru guna kredit PayPal.

5. Dekat beranda rumah aku dan Basyir kitorang ada tanam tomato dengan terung. Unfortunately, Si Terung mati kerana menghidapi virus Babi. Tapi sempat berbuah. Yoku gambatta na. Fortunately, fortunately pulak ….Si Tomato berjaya hidup sampai sekarang dan dah berbuah. Tapi buah dia kecik, tak cukup baja kot. Ke terbeli anak Tomato kecik ? Oleh kerana semua orang bersuka ria di Malaysia , aku lah orang yang merasmikan tomato-tomato itu.

download

6. Saiking, tiap-tiap petang pergi berenang dekat pool dai dengan Loko dan Abang Yas. Abang Yas ni suami Kak Ainun. Umur 30 lebih kot, tapi sempoi. Kak Ainun buat master dekat sini, Abang Yas pulak sebelum ni tanam anggur. Oleh kerana dia boring tanam anggur dan menjual nasi ayam tiap-tiap Jumaat dekat kitorang, dia mohon sambung master sekali. Cuma tengah tunggu nak masuk lab je. Dekat sini ada 4 famili Melayu, lebih 10 orang budak kecik. Kalau bukak Tadika Kemas pun boleh untung.

7.Tak dapat baito lagi, rasa nak menyumpah-nyumpah je. Ke kena check solat ?

Ending theme Viva la Vida by Coldplay