
Research lab aku berkenaan dengan rehabilitation dan transport untuk OKU.
Bila menonton video dibawah dan membaca komen-komennya, rasa tersentuh.
Betapa gembiranya OKU-OKU di luar sana bila mendapat tahu ada kerusi roda yang boleh berdiri.
(Cuba perhatikan kegembiraan air muka mamat tersebut)
Dengan kata lain, mereka mendapat nikmat berdiri dan mencapai benda-benda yang lebih tinggi.
Bertambah level berdikari diorang.
Cuba bayangkan OKU yang kakinya gagal berfungsi bertahun-tahun hanya dapat duduk dan baring.
Cuba lihat kaki kita sendiri dan hayati video ini.
Berdiri, berjalan dan seterusnya berlari adalah suatu nikmat.
Sehingga hari ini banyak tempat larangan yang telah kita jejaki.
Tapi adakah Tuhan terus menarik nikmat fungsi kaki kita?
Tidak.
*
*
*
Tetapi kalau suatu hari nanti bila nikmat ini ditarik, adakah kita masih boleh berdiri dan rukuk dengan sempurna?
Adakah ketika itu kita akan menyesal menitiskan air mata kerana dahulu kita meruntuhkan tiang agama?
Nikmat hanyalah pinjaman dari Tuhan.
Comments on: "Diri" (1)
Dalam keluarga saya, ada seseorang yang kini telah berkerusi roda. Pada mulanya, beliau asyik mengeluh sebab dah kurang satu nikmat Tuhan yang pernah dia dapat. Selain selalu menyalahkan diri kerana akan bergantung harap dengan orang lain, pada awal awal kejadian ini berlaku, beliau juga sering meminta Tuhan untuk mengambil nyawanya kerana tidak mahu menyusahkan orang lain lagi, seolah olah telah patah semangat untuk hidup.
Kalau berlaku ini pada saya, saya mungkin akan patah semangat juga.
Kami selalu menasihatkan beliau supaya selalu bersabar dan ini bukan perkara yang menyusahkan kami kerana bila berlaku perkara seperti ini, bertambah erat lah ikatan kasih sayang kami kerana banyak masa, kami luangkan bersama beliau.
Banyak perkara berlaku depan mata, buat saya sedar betapa harus bersyukurnya saya pada Tuhan kerana masih mampu bergerak sendiri dan betapa sayangnya Tuhan pada hambaNya kerana masih memberi peluang untuk kami memperbetulkan keadaan dan memperbaiki hubungan kami sekeluarga.
Jadi yakinlah setiap perkara buruk yang berlaku dan dilihat melalui mata kasar sebagai negatif, pasti ada hikmah yang tersembunyi.