Minggu lepas Puan L panggil ke bilik dia nak bincang pasal kerjaya gua.
Puan L ni orang Malaysia berketurunan Cina tapi dah 22 tahun di Jepun dan sekarang berkerja di U ni.
Walaupun Puan L berketurunan Cina tapi tiada langsung bau-bau diskriminasi yang menular macam cacing kerawit.
Selain daripada title pensyarah, Puan L sekarang menjadi kaunselor bagi pelajar asing khususnya pelajar Malaysia yang majoriti.
Perbualan dimulakan dengan bahasa Jepun kemudian bertukar ke bahasa Malaysia di tengah-tengah.
“Kamu mahu kerja atau sambung belajar? Kalau mahu kerja kena fikir dari sekarang.”
“Kalau mahu sambung belajar kena berbincang dengan sensei kamu.”
Risau Puan L bila gua cakap gua tak tahu lagi.
“Kalau kamu mahu sambung belajar, kena bincang dengan mak bapak kamu. Kamu tak nak kahwin? Sudah ada gf?”, tanya Puan L
“Inaidesu…”, gua jawab segan.
“Aiyo… kena carila. Inikan ramai junior baru masuk cantik-cantik, tak minat?”, Puan L bagi cadangan.
“Emm…”, gua gosok-gosok dagu tanda kurang minat la tuh.
“Jepun pun boleh. Ada kawan saya kawin dengan Jepun, bawak balik Malaysia. Perempuan Jepun ni kalau dia sayang kita, dia ikut je pergi mana-mana. Bini kawan saya tu pakai tudung cover semua badan. U tak minat Jepun ke?”, berseloroh Puan L.
“Saya mana-mana pun tak kisah Jepun ke Melayu ke …”, balas gua.
“Kalau kamu sambung belajar pun bagus juga, sesuatu negara itu membangun kerana penyelidikan. Tiada penyelidikan tiada kemajuan pada negara. Tapi kena bincang dengan sensei kamu.”, tambah Puan L.
“Kalau mahu kerja, kena fikir dari sekarang. Nanti terlepas peluang. Kalau masih tak tahu lagi buat dua-dua. Kalau mahu balik Malaysia tiada masalah, comfirm dapat kerja”, nasihat Puan L.
Perbualan disudahi dengan gua pulak interview Puan L.
“Saya ialah sempai besar kamu tahu. Saya batch no 3 dan orang pertama yang dapat scholar PhD JPA…haha…”, gelak Puan L.
Comments on: "Mrs.L" (2)
kan best kalau dpat gf jepun, tapi dorang terime ker cinta kite
saya rasa Puan L seorang yang comel.