
Everyone have their hard times -Anonymous-
*
*
Sama ada orangnya benar atau tidak, satu Malaysia sudah mengetahui bahawa seorang bekas pelajar perubatan di Ireland, Arif Alfian sudah berkahwin sejenis. Walaubagaimanapun, alhamdulillah berita terbaru mengatakan dia masih seorang Muslim.
Sumber : http://mynewshub.my/eng/2011/12/i-will-remain-a-muslim-until-i-die-arif-alfian/
“Semua orang akan menghadapi saat-saat sukar, walaupun sekali dalam seumur hidup.”
Itu kata sensei, kawan dan kaunselor kepada gua.
Gua dapat rasakan apa yang si Arif ni rasa.
Berbagai cacian dan makian dilemparkan kepada budak ini.
Hakikatnya, orang yang tidak berada di tempat Arif tidak akan mengetahui apa yang dia alami.
Cacian dan makian luorang tidak akan memulangkan Arif yang asal.
Tetapi yang lebih parah mungkin akan menghakis akidahnya pada masa akan datang.
Alhamdulillah dia mengisytiharkan dirinya Muslim sehingga akhir hayatnya.
Semua orang pun pernah menghadapi keperitan dan kegagalan.
Tapi kenapa Arif boleh jadi begini?
Benda ini bukanlah benda baru, even di dalam Malaysia sekalipun.
Masih ingat kes Jamuan Makan Malam yang diserbu JAIS?
Samada mereka murtad atau tidak itu di luar pengetahuan gua.
Tapi apa yang gua baca, salah seorang mengatakan mereka diberi bantuan ketika mereka dalam keperitan dan kesusahan.
Ketika mereka mengharapkan bantuan dari badan Islam itu sendiri, orang yang di seberang yang berlainan agama sudi menghulurkan tangan.
Mereka ini ialah ibu tunggal, anak yatim piatu dan orang miskin.
Dalam pertolongan itu mereka berasa sangat terhutang budi.
Berbalik kepada kes Arif.
Gua dapat rasakan Arif menghadapi tekanan yang sangat kuat.
Ketika dia ke hulu ke hilir mencari sokongan moral dan bantuan kewangan tiada siapa yang peduli.
Kemungkinan, orang yang memberi sokongan kepada dia ialah pasangannya sekarang itu.
Berdasarkan maklumat dan hipotesis gua, gua boleh bahagikan beberapa level tekanan yang dihadapi oleh Arif.
Level 1
Gagal dalam exam, terpaksa mengulang semester.
Level 2
Petronas menghentikan pinjaman. Tiada sokongan kewangan.
Level 3
Pulang ke Malaysia tanpa menamatkan pengajian. Satu tekanan yang hebat. Ditambah lagi dengan komen buruk orang sekeliling.
Level 4
Permohonan biasiswa atau pinjaman lain tidak diterima. Tekanan bertambah. Gagal menyesuaikan diri dengan persekitaran Malaysia. Berasa tersisih di negara sendiri.
Level 5
Level tekanan yang tertinggi. Iaitu tekanan dari diri sendiri. Perasaan rasa bersalah dan kegagalan menghantui diri. Arif ialah seorang pelajar yang cemerlang. Kegagalan tiada dalam kamus hidup Arif. Orang yang sentiasa cemerlang apabila sekali menghadapi kegagalan, akan merasa sangat malu, terasa hilang maruah. Apabila seseorang menghadapi tekanan setinggi ini, akan hilang pertimbangan diri dan agama. Orang yang tiada agama seperti orang Jepun akan MEMBUNUH DIRI. Arif meninggalkan Malaysia kerana maruah dan malu.
Pelajar bukan perubatan tidak mengetahui kesusahan dan tekanan yang dihadapi pelajar-pelajar perubatan.
Contoh yang mudah:
Pelajar perubatan: Study-study-study-study-study-study-study
Pelajar kejuruteraan: Study-Study-serious-bila-nak-exam-sahaja
Pelajar tempatan tidak mengetahui emosi pelajar luar negara apabila mengulang semester, apatah lagi pulang tanpa skrol ijazah.
Kami membawa baik nama negara.
Pada masa yang sama kami mahu balik dengan membawa ijazah untuk negara, tanggungjawab untuk pembayar cukai dan kebanggaan untuk keluarga.
Siapa yang bersalah?
Di dalam Islam kita disarankan menjaga 40 jiran kiri-kanan-atas-bawah. Apatah lagi jiran sesama Islam.
Ziarah dan menziarah dan bertanya khabar sangat perlu.
Inilah yang dilakukan oleh jemaah tabligh di sesuatu penempatan.
Gua tak taula pulak kalau tiada jemaah di universiti Arif ni.
Kalau ada, Arif ni takkan hanyut.
Kerana semasa seseorang sedang menghadapi tekanan, pada masa itulah ruang hatinya terbuka mencari Tuhan dan senang nak didakwah.
Semua mualaf dan artis rivert kepada kehidupan Islam semula sebab ini.
Petronas, sebagai syarikat nasional sepatutnya memberi peluang kedua bagi Arif. Pinjaman je pun bukannya biasiswa. Budak tu bayar balikla nanti.
Komuniti Dublin di sekitar Arif sepatutnya memberi sokongan moral
dan bertanya khabar apabila menghidu perubahan pada diri Arif.
Dah hilang…berputih mata.
Kes pelajar Malaysia hilang bukanlah sesuatu yang baru, di Jepun juga berlaku. Ada juga yang hilang ketika masih lagi membuat persediaan di Malaysia.
Kepada Arif,
Kegagalan bukannya bererti tamat perjuangan.
Kegagalan merupakan guru yang terbaik.
Kegagalan akan mengajar lu mencari Tuhan.
Pulanglah ke pangkal jalan.
Mintalah restu dan redha ayah ibu lu.
*
*
*
Sekian hipotesis dari gua.
Comments on: "Arif" (4)
Saya pernah tonton sebuah filem pendek mengenai seorang individu yang ateis, yang akhirnya ingin mencari kewujudan keberadaan Tuhan. Dia jumpa macam-macam orang dari pelbagai jenis agama.Tapi bila dia jumpa seorang pakcik di masjid, dia dihalau dan dituduh gila.
Kalau dia diberi sedikit penerangan tentang agama kita, mungkin boleh menerbitkan hidayah pada dirinya.
Sebagai seorang yang menganut agama Islam, iaitu agama yang suci, bagaimana kita melayan orang sebegini? Sama ada akan membawa dia di jalan yang benar atau terus menerus memberi tekanan pada dia sehingga boleh melabelkan Islam sebagai agama yang nampak macam kejam. Fikir-fikirkan lah.
Ambo sedikit sebanyak bersetuju dgn hypothesis demo. Kita hamba Allah akan sentiasa dan setiap detik akan diuji. Untuk menjadi benchmark kepada kita muhasabah diri sejauh mana level keimanan dan ketakwaan. Ya persekitaran memang memberi kesan pada manusia, tetapi pokoknya diri kita..kita dan kita.Kalau kita asik nak duduk jauh dari jemaah dan takmo berjemaah, kita sendiri yang cari pasal. kat Malaysia yang surau dan masjid bersepah pun takmo join jemaah nikan pula kat negara luar. Semoga Allah memberi petunjuk hidayah,rahmat dan memudahkan usaha kepada hamba hambanya yang sesat jauh, bertaubat dan mencari kebenaran islam. Berzikirlah selalu agar hati yang terluka terubat sedikit sebanyak agar kita tenang….Maaf dipohon
Bagi saya, kita tidak boleh menyalahkan si tubuh badan.
Manusia sentiasa alpa dan lalai.
Tetapi, kita yang sedar ini haruslah fikir dan risau adakah orang sekeliling kita berada di landasan yang benar?
Amar makruf nahi mungkar.
Agreed. Memang betui manusia itu lemah, alpa dan lalai…ada pasang surutnya. Itu perlunya kita berada dalam jemaah. Nak pilih jemaah pun, diri kita sendiri kena ada ilmu jugak. kena selalu pergi usrah, majlis ilmu. Baru diri kita tahu yang mana hak dari yang batil. Kita alpa dan lalai ada sahabat tolong tegur… Amar makruf nahi mungkar pada diri kita dulu…pasal orang sekeliling kita tu, kita usaha sedaya mampu dan kuasa yang ada….selebihnya berdoa agar Allah beri hidayah…
Allah Maha Mengetahui…