Au nom de Dieu, le Tout Miséricordieux, le Très Miséricordieux
M
2 weeks yang lepas I dah start keje di McD . I dah bagi tau you all ke belum ? Rasanya belum kot… Alhamdulillah dapat keje McD kat Round One yang 5 minit je dari rumah kitorang. Diulang sekali lagi ROUND ONE yang baru setaun jagung tu..yang BARU tu.. 5 MINIT = 300 SAAT! je dari RUMAH KITORANG…Kalau Usain Bolt lari ..mungkin 2 minit dah sampai. Rasa PANAS lak ek ..tengah-tengah musim luruh ni hehe…
Setakat ni posisi professional I ialah membasuh alatan-alatan masak dan membasuh lantai. Lepas ni up skit, belajar buat burger …Untuk permulaan I tetapkan syif I for Saturday from 0000 to 0300, Sunday from 2200 to 0100. Tu pun tired gakla…Yang bestnya kalau you all nak tau… Manager-manager suma baik-baik kindful tau…Sorang manager lelaki, sorang lagi pompuan …yang pompuan kawaii gakla…bagi tunjuk ajar pun nak kawaii2 … Syif yang sama dgn I ialah sorang okusang, dengan minah nikkei Brazil. Best gak la borak-borak dengan diorang, yang minah Brazil ni ..muka Jepun tapi cakap Jepun pelat ..tau Jepun sikit-sikit je.
okusang – orang tua
nikkei – bangsa Jepun yang lahir di luar Jepun
Harun
Warning : Penulis menukar mood penulisan..tapi tak moody ok ?!
“Grrrrr!!!!…grrrr!!!” telefon bimbitku bergetar, bergetar umpama getaran iman Pak Imam terlihat anak dara Tok Siak. Rupanya panggilan dari Haru, sahabat Jepunku. “Moshi…moshi” aku memecahkan ais. “Moshi..moshi..Hazuwan …chotto onegai ga aru”, suaranya resah gelisah umpama dikejar harimau. Dia kata dia nak aku buat sesuatu untuk dia.
“Hazuwan! Aku ingin membaca Al-Quran!!!”
“Aku ingin membaca tafsiran Al-Quran!!”
Meremang bulu roma aku seluruh badan…
Dia menyambung bicara…
“Aku sudah membaca Bible dan kitab-kitab yang lain, tapi aku rasakan ada sesuatu yang menarik dalam Al-Quran..aku harap kamu boleh membantu aku!! ” , kedengaran suara gelisahnya ..umpama anak sesat mencari ibunya bertanya ke sana sini.
“Aku rasakan..aku ingin belajar sesuatu agama …dan menjadi orang yang beragama”.
Ini bukanlah kali pertama Haru meminta aku menghadiahkannya tafsir Al-Quran. Cuma aku tidak tahu, di mana aku boleh dapatkan tafsir Al-Quran dalam bahasa mak lidahnya itu. Tapi kali ini kedengaran suara yang sangat bersungguh-sungguh dari mulut Haru untuk membaca Al-Quran. Alhamdulillah..
Aku membalas “Baiklah, kalau begitu aku akan cuba dapatkan sebuah untuk kamu. Nanti aku kirimkan pada kamu”. Kebetulan aku memjumpai sesawang Ikatan Persaudaraan Jepun yang menawarkan Tafsiran Al-Quran berbahasa Jepun secara percuma.
“Terima kasih Hazuwan! Aku betul-betul berharap boleh membacanya!!! ” , kedengaran suara gembira dari mulut Haru.
Musim panas yang lalu aku melawat Haru di rumahnya, dan dia membawa aku berjalan-jalan di Kyoto . Kami makan di restoran India dan berkaraoke hingga ke pagi. Sebelum cahaya matahari menyimbahi bumi Kyoto, di dalam bilik karaoke, aku meminta izin Haru untuk aku dirikan solat, bukan sesuatu yang janggal bagi Haru. Tapi ada sesuatu yang Haru minta ketika aku ingin bersolat….
“Hazuwan, boleh kamu lantangkan bacaan sembahyang kamu? Aku mahu mendengar apa yang kamu ucapkan “.
“Baiklah” , aku membalas dengan senyuman.
Mungkin bermula dari sini ?
Harun tak sedapla …kawan-kawan fikirkan satu nama…

SELAMAT HARI RAYA diucapkan kepada mak,ayah, nenek, abang, adik, pakcik-makcik, guru-guru, kawan-kawan , peminat-peminat, akak-akak angkat dan juga warganegara Gunung Mulut. Semoga semua orang happy go lucky dan murah rezeki. Segala kesilapan : jarang call Malaysia, spoil birthday orang, annoying, kritikan, nasihat, tak nak belanja, tak sms walaupun free, tak YM walaupun free, tak call walaupun free, tak tulis nama sendiri kat komen blog, tak komen blog atau gambar walaupun baca ari-ari, tak tulis kat dinding facebook, dan macam-macam lagi sorry ok ?!! ^^







