1. Magibon – Siapa tak kenal dengan Magibon ? ..Err..mungkin jugak ramai yang tak kenal lagi. Magibon, awek comel dari US yang meYoutubekan dirinya . Mempunyai muka yang comel, mata yang besar .mcm watak anime, dan body yang mantap . Menjadi fenomena di Jepun dan salah seorang Youtube Idol. Apa yang Magibon ni buat kat Youtube?
Salah!! ..jawapannya ..dia buat bodoh saje. Dengan dia berbuat bodoh…dia dijemput datang ke Jepun ntah bape juta kali ntah. Terus jadi idol, bergambar dalam majalah Playboy Japan, one of her stupid step. Pandai orang Jepun mengeksploitasi budak-budak mentah.
Kan aku cakap, dia buat bodoh je ..Korang tak caya. Tuk Imam mana yang taknak kawen lagi beb…
Siap ada orang buatkan lagu lagi
2. Beckii Cruel – Muka macam Leah Dizon, Leah Dizon tak yah citerla… Beckii Cruel, mangsa terbaru kehentaian orang Jepun, tengok idung..rasanya dia ni French. Takde lak profile dia dlm Wiki, kira tak sehebat Magibon lagi. Beckii ni penari bebas di Youtube. Lagu yang dia pakai untuk dance selalunya lagu-lagu anime yang menjadi kesukaan otaku. So, lepas dia popular kat Youtube, pihak Persatuan-persatuan Otaku Akihabara menjemput dia datang ke Akiba untuk membuat persembahan. Lepas tu siap sign contract keluarkan DVD Dance dia….fuiyo… Sekolah tak abis lagi, dah dapat gi Jepun. Orang lain belajar macam nak mampus 2 taun kt PPKTJ baru dapat gi Jepun. S.I.O.T betul.
Takde la power sangat minah ni menari, lagi power Mas Idayu.
Kesimpulan: Orang Jepun yang terkenal dengan kehentaian mereka memang suka mengeksploitasi awek-awek yang comel di atas. So, kalau nak gi Jepun free, nak jadi idol. Sila la mulakan channel Youtube anda sekarang … jika anda mempunyai ciri-ciri di atas
“Dik, nak kuih dik?”
..Kes penculikan di Jepun. Jarang sekali ada kes penculikan di Jepun ni.
これからの日本は?
*Kowai – takutnye …
Dulu masa mak ayah pergi keje ..kami adik beradik merdeka duduk kat rumah…kalau cutila. Ada suatu masa dulu kecoh dengan kes budak kena culik..kena potong tangan..kaki..lidah..korek mata …potong anak tekak ..Mak pesan kalau ada orang datang nak bagi gula-gula ke…atau orang tu cakap “Mak ada ? Takde ..? Ni kawan mak adik ni ..boleh bukak pintu?”..mak pesan ..buat X-pack kat orang tu…jangan bukak pintu.
2.Daisai 2009
Semalam berakhirnya Daisai atau Festival Universiti (?) kat Toyohashi Universiti ni. Ada 2 hari…dua-dua hari bosan. Orang sikit …tak de band live ..takde ..huha ..huha ..(except Malaysia Corner)…takde Becky..takde pertandingan Cosplay awek Jepun yang comel-comel …harapkan poster je lawa..huh! Best lagi kosen sai kt kosen dulu…10 kali lebih meriah ..walaupun kosen aku tercorok kat pulau Oshima tu.
Kami pelajar-pelajar Malaysia ..mengeluarkan(?) sebuah kedai, Malaysia Corner..atau dalam bahasa baku Mareishia Kooooonaaaaa. Menu kami ialah Sate basi, roti canai dan roti jala. Sedap…sold out sebelum sempat dijual.
3. Bunga-bunga cinta
Minggu lepas kami pergi ke Hamamatsu International Mosaiculture 2009 di Hamamatsu, Shizuoka. Ada bunga-bunga ..rumput rampai..pokok-pokok yang diubahsuai menjadi bentuk haiwan, manusia, bangunan dan macam-macam lagi. Memang best dan lawa. Kalau orang yang minat dalam photography memang kena pergi…banyak pemandangan yang menarik…tertarik kau memang the bomb! ..
Mosaiculture ni diadakan setiap 3 tahun melibatkan design-design dari seluruh dunia dan ini pertama kali diadakan di Nihon!! Kalau nak tengok benda-benda lawa camni lagi ..jangan harapla..sebab 3 taun lagi…negara lain jadi host dia pulak. Kat Hamamatsu ni sampai 23 November ni sahaja. Baik ponteng kelas, amik cuti pergi tengok. Bayaran masuk ialah Yen1800. Hamik ko!
Kami yang dekat, mungkin akan pergi lagi. Jangan jeles!
Au nom de Dieu, le Tout Miséricordieux, le Très Miséricordieux
M
2 weeks yang lepas I dah start keje di McD . I dah bagi tau you all ke belum ? Rasanya belum kot… Alhamdulillah dapat keje McD kat Round One yang 5 minit je dari rumah kitorang. Diulang sekali lagi ROUND ONE yang baru setaun jagung tu..yang BARU tu.. 5 MINIT = 300 SAAT! je dari RUMAH KITORANG…Kalau Usain Bolt lari ..mungkin 2 minit dah sampai. Rasa PANAS lak ek ..tengah-tengah musim luruh ni hehe…
Setakat ni posisi professional I ialah membasuh alatan-alatan masak dan membasuh lantai. Lepas ni up skit, belajar buat burger …Untuk permulaan I tetapkan syif I for Saturday from 0000 to 0300, Sunday from 2200 to 0100. Tu pun tired gakla…Yang bestnya kalau you all nak tau… Manager-manager suma baik-baik kindful tau…Sorang manager lelaki, sorang lagi pompuan …yang pompuan kawaii gakla…bagi tunjuk ajar pun nak kawaii2 … Syif yang sama dgn I ialah sorang okusang, dengan minah nikkei Brazil. Best gak la borak-borak dengan diorang, yang minah Brazil ni ..muka Jepun tapi cakap Jepun pelat ..tau Jepun sikit-sikit je. okusang – orang tua nikkei – bangsa Jepun yang lahir di luar Jepun
Harun
Warning : Penulis menukar mood penulisan..tapi tak moody ok ?!
“Grrrrr!!!!…grrrr!!!” telefon bimbitku bergetar, bergetar umpama getaran iman Pak Imam terlihat anak dara Tok Siak. Rupanya panggilan dari Haru, sahabat Jepunku. “Moshi…moshi” aku memecahkan ais. “Moshi..moshi..Hazuwan …chotto onegai ga aru”, suaranya resah gelisah umpama dikejar harimau. Dia kata dia nak aku buat sesuatu untuk dia.
“Hazuwan! Aku ingin membaca Al-Quran!!!”
“Aku ingin membaca tafsiran Al-Quran!!”
Meremang bulu roma aku seluruh badan…
Dia menyambung bicara…
“Aku sudah membaca Bible dan kitab-kitab yang lain, tapi aku rasakan ada sesuatu yang menarik dalam Al-Quran..aku harap kamu boleh membantu aku!! ” , kedengaran suara gelisahnya ..umpama anak sesat mencari ibunya bertanya ke sana sini.
“Aku rasakan..aku ingin belajar sesuatu agama …dan menjadi orang yang beragama”.
Ini bukanlah kali pertama Haru meminta aku menghadiahkannya tafsir Al-Quran. Cuma aku tidak tahu, di mana aku boleh dapatkan tafsir Al-Quran dalam bahasa mak lidahnya itu. Tapi kali ini kedengaran suara yang sangat bersungguh-sungguh dari mulut Haru untuk membaca Al-Quran. Alhamdulillah..
Aku membalas “Baiklah, kalau begitu aku akan cuba dapatkan sebuah untuk kamu. Nanti aku kirimkan pada kamu”. Kebetulan aku memjumpai sesawang Ikatan Persaudaraan Jepun yang menawarkan Tafsiran Al-Quran berbahasa Jepun secara percuma.
“Terima kasih Hazuwan! Aku betul-betul berharap boleh membacanya!!! ” , kedengaran suara gembira dari mulut Haru.
Musim panas yang lalu aku melawat Haru di rumahnya, dan dia membawa aku berjalan-jalan di Kyoto . Kami makan di restoran India dan berkaraoke hingga ke pagi. Sebelum cahaya matahari menyimbahi bumi Kyoto, di dalam bilik karaoke, aku meminta izin Haru untuk aku dirikan solat, bukan sesuatu yang janggal bagi Haru. Tapi ada sesuatu yang Haru minta ketika aku ingin bersolat….
“Hazuwan, boleh kamu lantangkan bacaan sembahyang kamu? Aku mahu mendengar apa yang kamu ucapkan “.
“Baiklah” , aku membalas dengan senyuman.
Mungkin bermula dari sini ?
Harun tak sedapla …kawan-kawan fikirkan satu nama…
SELAMAT HARI RAYA diucapkan kepada mak,ayah, nenek, abang, adik, pakcik-makcik, guru-guru, kawan-kawan , peminat-peminat, akak-akak angkat dan juga warganegara Gunung Mulut. Semoga semua orang happy go lucky dan murah rezeki. Segala kesilapan : jarang call Malaysia, spoil birthday orang, annoying, kritikan, nasihat, tak nak belanja, tak sms walaupun free, tak YM walaupun free, tak call walaupun free, tak tulis nama sendiri kat komen blog, tak komen blog atau gambar walaupun baca ari-ari, tak tulis kat dinding facebook, dan macam-macam lagi sorry ok ?!! ^^
Syukur alhamdulillah….tanggal 29 Ogos yang lalu aku sudah berumur 23. Tapi takde awek lagi. 4,5 tahun dah hidup sebatang kara. Kera pun ada pasangan. Tapi jadi single pun ok. Tak kusut kepala haha..
2. Sensei
Semalam ialah hari terakhir aku menjadi sensei tidak bertauliah di Pusat Jagaan Kanak-kanak yang Ditinggalkan Mak Bapak di rumah Ooshimizu. Satu pengalaman yang memang manis berlemak krim yang takkan aku dapat lupakan. Macam-macam yang aku dapat belajar daripada pusat ni. Ramai orang berkata anak-anak Jepun telah diasuh sejak kecil untuk mengikut tertib dan peraturan. Tetapi seramai mana yang pernah melihat cara mereka diasuh dan diajar? Aku rasa aku bertuah dapat belajar daripada mereka-mereka ini. Sistemnya memang mudah dan penuh disiplin. Yang uniknya, kanak-kanak tidak dimarah atau tidak dirotan.
Mami chan dan Kanako chan . Kanako chan ni sangat rapat dengan aku.
3. McD dan rambut
Hari tu aku dapat baito untuk McD dekat Round 1 . Sabtu ni baru start. Boss pun baik. Keje Sabtu malam dan Ahad malam. Bila dah keje kat McD kenalah potong rambut, misai ..janggut suma kena cantas. So, aritu pergi potong rambut yang dah setahun tak terpotong hehe….walaupun serabai tapi aku suka rambut panjang ni.
R.I.P Sept 2008 ~ Aug 2009
Ending theme kali ni lain sikit . Selamat berpuasa!
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
Salam kepada fan-fanatik saya …semoga semua berada dalam sihat walafiat walaupun sedang berpuasa. Dah hantar gambar Salam Perantauan dekat Utusan atau Berita Harian ? Hehe..
Beberapa highlight dari blog Dr Asri (Ingat bola je ada highlight ke ?) tentang adab-adab dan salah faham di bulan Ramadhan.
Full article here.
1.Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).
5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
Riwayat Ibn Majah
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi
7. Melambatkan sahur.
Sesetengah kita akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang.
Sujud by Mawi and KRU
Komen : Terkejut dengan koloborasi Mawi dan KRU. Tahniah kepada Norman dah kawen. KRU bila nak klua full album lagu2 best lagi ?