$Kaching$Kaching$Kaching$

Salam dunia!
Orang tanya aku, apsal aku tak isap rokok ? Tentu anda peminat sekalian yang berada di depan kaca display (jika masih menggunakan CRT) atau pun LCD juga ingin mengetahui sangat-sangat mengapa aku tidak menghisap rokok… Padahal rupa dah macho dan ganas dah. Aku selalu memberi jawapan ni pada yang gatal mulut bertanya. Tapi ramai yang tidak percaya. Mungkin anda juga tidak percaya.
Jawapannya ialah ..

(lagu Best House 123 dibunyikan)

one …

two…

three..

Aku dah lama berenti merokok dah. Lepas aku abis UPSR aku dah berenti isap rokok. Aku isap dari darjah satu lagi, masa tu korang sentuh rokok pun belum lagi.

Sila berikan tepukan gemuruh. Terima kasih.

O.k kita balik kepada tajuk utama. Korang penah main gamble kt Genting Highland ? Setakat tikam-tikam 10 sen masa skolah rendah tak mainla. Aku main jugak dulu, siap kena belasah dengan ayah aku lagi. Ni lagi thrill punya. Tau mesin slot?

Mesin slot atau slot machine atau lebih popular sebagai “mesin kuda” ialah sebuah mesin buat duit. Benda haram ni..atau ada orang Kedah cakap hareemmmmm ni …pada tahun 1999 smpai 2001 camtu sangat-sangat la popular di belah Selatan terutama Melaka dan N.9 dan tumbuh macam cendawan. Kecik-kecik dulu, kalau korang penah nampak dekat balai polis penuh dengan berpuluh kotak kayu, ha itula mesin kuda yang dirampas. Orang Cina bawak masuk benda ni , Orang Melayu Kastam “approve”, orang India tolong jaga kedai. Orang Melayu,Cina, India main mesin kuda ni. 1Malaysia bukan ? 1Malaysia dah wujud lama dah ..hehe…

Mesin kuda ni macam game kat arcade korang selalu main tu. Cuma dia ada beberapa buton, takde joystickla. Ada dua jenis mesin, satu untuk 1 ringgit satu untuk 20 sen. 50 sen pun ada tapi kurang popular. Namanya mesin kuda tapi yang berlari selalunya itik (20 sen) atau harimau (singgit). Masukkan duit, pilih gandaan bet anda, sekecil 3,4,5,7,8,10 ….1000. Kalau mesin 20 sen, satu 20 sen tu boleh bet sekali je. Tapi anda boleh bet gandaan bet 3,4….1000. Kalau masuk 20 sen, pilih bet 1000 dan kena pulak 1000 ..tahniah anda untung 999 peratus. Tapi nama pun mesin judi. Takkan nak bagi korang makan benda haram, mestila dia sedut duit korang. Bet yang popular selalunya gandaan 3,4,5 dan kalau anda nasib baik anda bet number-number besar pun boleh dapat. Setakat ni aku penah nampak orang dapat 200 punya bet.

Nama pun mesin kuda, so untuk bet kena pilih itik mana yang anda rasa-rasa boleh dapat no. 1-2 dari 1 ke 6 ekor itik. Then itik tu akan berlari terkedek-kedek, sambil ada lagu dia tersendiri, rindu gile lagu tu. Kalau dengar lagu tu asyik nak main mesin kuda je hehe…. Macam aku cakap tadi slalunya yang dapat no.1 bukannya bergantung pada itik tu, tapi bergantung pada gandaan bet. Itik yang mempunyai gandaan bet kecil 3,4,5 slalunya dapat no.1-2 . Slalunya orang yang sabar, akan main bet 3,4,5 . Untung sikit-sikit. Lama-lama jadi bukitkan?

Aku kenal mesin benda alah ni aku rasa masa aku dahjahanam… eh silap…darjah enam, masa tu lepas tuisyen, gua pergi main game kat Bandar Metropolitan Tampin,. Lepas main nampak orang kurumun kat satu mesin. Tengok-tengok …ada pakcik-pakcik tengah tengok itik berlari. Then, mesin tu boleh keluar duit pulak, banyak pulak tu. Ingatkan token. Best gak mesin ni, bisik syaitan kat telinga gua. Masa tu gua tak tau tu mesin kuda. Lepas tu tokey kedai halau gua, cakap ni bukan untuk budak-budak. Gua pun blah terpinga-pinga.

Selang setaun kot, gua punya abang taiko, sape lagi kalau bukan Bujang. “Boy, aku ada projek bayek punya, jom ikut aku. Bawak duit sikit, 60 sen pun ok.” Gua naik beskal ikut abang gua, dengan tanda soal banyak di dahi. Sampai kat sebelah kilang roti Taman Rakyat Bukit Tampin ada rumah kedai tertutup hampir rapat. Dalam kedai tu kosong je …yang ada, mesin dengan tempat duduk. Abang gua bagitau ini mesin boleh produce duit. Gua percaya 10000%. Adik mana yang tak percaya kan abang beb. Dosa kecil tu kalau tak caya. Lepas mendapat penerangan ringkas cara memainkannya , abang gua suruh gua bet. Masuk 60 sen, abang gua amik satu bet gua, siot abang gua rupanya nak pow gua, gua bet 2. Masa tu gua bet 30 lagi satu tak ingat. Gua memang bawak luck hari tu, bet 30 gua kena! Best gile dengar duit 20 sen 30 ketul jatuh ..kaching! kaching! kaching! Pak cik Cina yang main sekali dengan gua pun terkejut.

Happy gila babeng gua aritu, abang gua pun terlompat-lompat. Abang gua amik duit tu, terus ajak gua chiow. 30 ketul = 6 hengget. Modal 60 sen je. Abang gua pow separuh, siot betul abang gua. Sejak aritu gua pegi main benda alah tu, ada la selang 2,3 ari sekali. Sanggup suruh mak buat bekal burger, duit sekolah yang ayah bagi kumpul untuk main kuda..hehe.

Bila abang gua dah bersara main benda alah ni, gua main senyap-senyap secara solo. Gua siap buat kiraan matematik dan kajian timing mesin haram tu. Macam-macam orang gua dah jumpa, pegawai Kastam, polis, samseng…bila polis dan kastam datang gua rasa cuak gak. Setakat ni tak penah kena tangkap, soal-siat ada ..hehe..juvana..so dimaafkan :D . Tapi pandai betul tokey tu lembutkan hati polis. Bape kali dah kena serbu, tapi tak tutup-tutup jugak kedai haram tu. Selang setaun, camtu dah kena tutup kot, operasi besar-besaran seluruh negara.
Gua rasa gua tak penah untung. Tapi biasa la dapat pengalaman. Setakat isap rokok, bawak bohsia jalan-jalan, merempit…tak thrill langsung. Setakat ni bapak gua tak pernah tahu lagi pasal benda alah ni.
Kalau dia tau …gua tau ..korang yang bagitau kan ?!!!


Figure 1. Shows 50 cent slot machine…berlatih tulis rombung hehe..
Tak sangka gua blh jumpa gambar ni . Ha ni la jadual bet, kaler kuning ialah gandaan bet. Kaler merah ialah bape kali korang bet. Macam jadual berkala kimia kan ? :D

Suatu Kisah Klasik Cinta

Diceritakan semula mengikut gaya dan imaginasi penulis …

Kelihatan seorang pemuda Malaysia berdiri di home stesen kereta api . Sambil melihat jam di tangan, dia menanti kereta api dengan sabar … gusar kelihatan di wajahnya ..mungkin dia risau akan terlewat ke kelas . Kalau terlewat ke kelas ..mesti akan dimarahi oleh sensei yang mengajar . Orang Jepun memang strict dengan masa …kalau ada temu janji ataupun mesyuarat …pastikan kita dapat menunjuk muka 10 minit sebelum majlis bermula . Tentang pemuda itu ..ya ..dia seorang pelajar Kosen …Kosen mana atau dari negeri mana pemuda itu berasal tidak lah pulak diketahui . Yang pasti dari hostel ke Kolej dia terpaksa menaiki kereta api setiap hari .

Sedang dia menunggu kereta api yang seperti tidak akan datang …datang seorang wanita Jepun yang cantik rupa parasnya beratur di belakang pemuda tersebut . Haruman semerbak minyak wangi dari wanita itu menarik perhatian pemuda itu untuk menoleh kebelakang ..melihat siapakah gerangan di belakangnya . Pemuda itu menoleh ke belakang dan jatuh hati dengan keayuan wanita Jepun itu ….rambutnya yang hitam lurus berkilat , mukanya yang putih melepak bak bulan purnama dan pipinya yang gebu bak lembutnya kuih dorayaki telah membuatkan pemuda itu jatuh hati dengan wanita tersebut .

Tidakla pulak diketahui umur wanita tersebut ..samaada dia adalah syakaijin (orang yang dah berkerja ) ataupun daigakusei (pelajar universiti) . Kita namakan lelaki Melayu itu Khairul Anwar (bukan nama sebenar) dan perempuan itu Toda Erika (juga nama palsu). Sedang Khairul asyik memandang Erika ..kereta api pun tiba dan Khairul seperti dipukau..tidak menyedari kereta api telah tiba . “Excuse me , kereta api telah tiba ” kata Erika kepada Khairul . Khairul pun terjaga dari mimpi ciptaannya sendiri dan melangkah masuk ke dalam kereta api dengan muka yang seolah-olah bahagia . Yang bestnya ..Erika memilih untuk duduk di sebelahnya . Mereka bertukar-tukar senyuman .

Hari itu telah membuatkan Khairul betul-betul sedikit ‘gila’ ..asyik teringatkan wajah Erika yang comel itu . Walaupun sensei tengah mengajar , dia gagal memberi perhatian di dalam kelas … asyik tersenyum sorang-sorang sahaja . Tidak sabar rasanya untuk menunggu hari esok untuk berjumpa dengan Erika , tapi ..dapatkah dia berjumpa dengan Erika lagi ? Perkara itu berlegar-legar di dalam kepalanya ..sehingga suara sensei menerjah masuk kedalam igauannya . “Kairuru !” jerit sensei, “Hait! ” Khairul terkejut dan bingkas bangun menyahut teriakan senseinya.

Esoknya di home yang sama kelihatan Erika sedang berdiri menunggu kereta api . Hati Khairul berdebar-debar setiap kali terpandang Erika ..inikah namanya cinta ? Rasa macam dalam filem Kuch Kuch Hota Hai ..Khairul bermonolog dalam dirinya . Khairul menunduk sedikit dan mengucapkan selamat pagi kepada Erika . Erika sambil tersenyum membalas salam Khairul . Dan setiap pagi di home yang sama …mereka berjumpa bertukar salam dan senyuman .

Pada suatu hari Khairul nekad untuk berbual dengan Erika ..dia mahu berkawan dengan Erika ..dan kalau boleh mungkin lebih dari persahabatan . Khairul menegur Erika ..bertanyakan macam-macam ..entah apa yang dibualkan ..yang pasti kehidupan Khairul sebagai seorang pelajar Kosen membolehkan dia bertutur bahasa Jepun dengan lancar . Erika pula dengan hati yang terbuka dan memang hendak berbual Khairul . Cuma dinding perasaan malu sebagai seorang wanita Jepun membataskannya untuk memulakan perbualan . Ternyata langkah Khairul amat tepat …dan hari-hari yang mendatang merupakan hari-hari bahagia mereka berdua . Daripada berbual , bertukar-tukar no telefon dan keluar bersama …dapat dirasakan bibit-bibit cinta telah bercambah dalam hati mereka berdua .

Dan perasaan cinta itu subur dengan semaian baja pertemuan hari-hari mereka . Pada suatu hari Erika menjemput Khairul datang kerumah bertemu dengan ibu bapanya . Ibu bapa Erika yang sedar dengan perubahan sikap anak perempuan mereka tidak menyangka bahawa lelaki asing yang menjadi pilihan Erika . Ibu bapa Erika tidak merestui perhubungan mereka berdua dan memberi amaran keras kepada Erika supaya tidak berjumpa lagi dengan Khairul . Begitu juga Khairul diingatkan supaya tidak berjumpa lagi dengan Erika . Remuk hati mereka berdua , hanya air mata dan nama Khairul menjadi ‘zikir’ harian Erika .

Cinta yang disemai dan tumbuh dengan segar dicantas oleh kedua ibu bapa Erika. Tetapi Erika tidak mengaku kalah … begitu juga Khairul ..mereka masih berjumpa secara senyap-senyap . Perkara tersebut dapat dihidu oleh ibu bapa Erika , dan mereka membuat keputusan untuk ‘menyorok’ Erika dari Khairul . Setelah beberapa hari tiada panggilan mahupun mesej dari Erika , Khairul berasa sesuatu berlaku terhadap Erika dan bergegas ke kediaman Erika . Dia terkejut …pintu rumah Erika terbuka melopong ..dan dalamnya kosong! Mereka telah berpindah ..remuk hati Khairul … Tidak berapa lama selepas itu … Khairul mendapat mesej daripada Erika .. “Aitai!!!”, kata Erika .

*Aitai – Nak jumpa

Erika menjelaskan ibu bapanya berpindah untuk mengelakkan dia bertemu dengan Khairul . Ternyata cinta Erika terhadap Khairul sangat kuat ..kali ini Erika nekad untuk lari dari rumah ..dan lari bersama Khairul ..! Baginya tiada apa lagi yang penting di dunia ini selain Khairul dan mereka melarikan diri . Ibu bapa Erika melaporkan kepada polis tentang kehilangan anak mereka dan Khairul dipersalahkan kerana melarikan anak dara orang . Khairul dilepaskan dengan jaminan polis dan dengan syarat dilarang bertemu dengan Erika lagi.

……. Maaf …..

Cerita ini berakhir di sini …

Tiada apa yang nak diceritakan lagi . Cerita mereka berdua berakhir begitu sahaja.

Walaupun tidak diketahui penghujung ceritanya …bumi Sakura tetap menjadi saksi kisah klasik cinta ini .


erikaayam

Mungkinkah Erika secomel ini ? dan Khairul sehensem ini ? (sekadar gambar penyeri)

Mission Possible

Masa kecik-kecik dulu abang aku seorang penagih … bukan ketagih ganja ataupun gam ..dia ketagih kuaci. Ala kuaci yang 10 sen tu ..plastik warna putih ada tulisan hijau-hijau sikit. Dalam plastik tu disertakan sekali dengan daun terup selai …kalau ada rezeki aritu, dapatla daun terup yang tulis seposen … so bagi dekat Pak Long (tokey kedai tu) ..dia akan bagi seposen..kalau dia ‘tipu’  cakap takde duit kecik dia akan bagi sepastik kuaci free .

Alkisahnya ketagihan abangku terhadap kuaci melampau-lampau . Ari- ari pergi kedai Pak Long (bkn Pak Long kitorg eh ..) kat depan Sekolah Vokasional Alor Gajah nun sana (skg dikenali sbg Sek Men Teknik Md Zin),  semata-mata nak beli kuaci. Sampai nenek pun naik bising disebabkan abang aku asyik mengunyah kuaci ..nenek kata boleh kena batuk kering . Pada suatu hari abang aku dah bertambah bijak sikit ..dia tak nak beli kuaci lagi ..banyak duit habis katanya . Pandai pun …tapi ..abang aku ada cara yang lebih effision lagi ..jeng jeng ..

mari kita ke perenggan seterusnya …hehe

So pada suatu hari …abang aku a.ka. Bujang mengadakan mensyuarat tergempar di ‘istana’ kitorang ..kat mana lagi ..kat Sekolah Vokasional la . Macam biasa ahli-ahli yang hadir adalah teman sepermainan kitorang Majaeh (nama sebenar Ramadir ) , Chitam (adik Majaeh ..nama sebenar dh lupa ), Wan Tak Ompok (nama Hazwan hehe..) dan aku a.ka. Boy .  Cadangan yang agak ‘clever’ dan merbahaya abang aku pada masa itu ialah dengan mencuri kesemua kuaci yang ada pada Kedai Pak Long … kan gile namanya tu ? Setelah menambah tolak keburukan dan kebaikan misi tersebut sume ahli mesyuarat bersetuju ..cuma aku masa tu agak kurang bersetuju .. Tapi kalau kena tangkap pun .. kitorang budak skolah rendah lagi ..kes juvana la katakan haha …paling koman pun masuk Universiti Henri Gurney.. kat Melaka gak.

Seperti yang dirancangkan …lebih kurang tengah hari yang hening ..pada hari yang sama …misi cubaan ‘merompak’ kedai Pak Long bermula …

First , abang aku masuk kedai Pak Long beli kuaci sepeket … posisi kitorang berempat masa tu ialah berada di luar kedai Pak Long dan dalam keadaan ‘ready’ .

Selesai abang aku membeli kuaci sepeket …dia pun klua lepak kat luar kedai Pak Long sambil baca paper yang disediakan kat kedai tu .

Sasaran kitorang ialah sebundle kuaci yang tergantung kat luar kedai tu . Dalam satu plastik besar tu ada 50 peket kuaci …dan dalam satu peket kuaci tu ..agak-agak ada berapa bijik ? kita anggap bilangan kuaci dalam satu peket adalah n , so secara metamatiknya 1X50X n sama dengan hasil keuntungan kitorang ..tadashi  n ialah integer yang lebih dari sifar …hehe .

Sambung balik tadi , selepas abang klua ..kitorg berempat pun masuk kedai untuk memainkan peranan masing-masing . Kalau abang aku peranan dia ialah mencuri sebundle kuaci tersebut ..kitorang pulak ditugaskan untuk ‘mencuri’ perhatian Pak Long dan Mak Long hehe ..

So berlakulah kisah sandiwara penipu 4 sekawan ni . Aku pegi beli keropok Super Ring yang oren-oren , yang terlebih pengawet ..terlebih perasa..yang sedap tu … Pak Long melayan aku . Manakala 3 orang lagi bukak peti ais ..beli aiskrim Malaysia ..yang panjang tu .. macam Lightsaber skit ..ada byk color . Diorang siap boleh berbual-bual masa tengah beli aiskrim tu … haha ..Mak Long la yang melayan diorang .

Tengah-tengah Pak Long dan Mak Long busy melayan kitorang .. abang pun without wasting time, becoz time is money hehe … abang merembat seplastik besar kuaci tersebut dan menyorokkan di dalam baju beliau . Dan ..terus memecut berlari menuju ke Sekolah Vokasional . Lepas je bayang abang hilang kitorang pun klua kedai dengan muka slumbernya tanpa rasa bersalah dan sampai pintu gate sekolah terus berlari ke tempat yang dijanjikan.

Lokasi : Bengkel Kayu Sek Vokasional

Mission Accomplished hehe…

Lepas sume berkumpul .. abang memasukkan sebundle kuaci tu dalam sebuah locker besi kat bengkel tu . Sume orang dapat bahagian masing-masing …abang cakap sehari sorang dapat satu peket ..tapi 2,3 ari lepas tu dia tala sorang-sorang 2,3 paket sehari haha …Mula-mula aku sorang je taknak makan hasil rompakan tersebut ..yela ustaz cakap barang haram nanti boleh jadi darah daging kita kat akhirat nanti . Tapi abang aku cakap “takpe ni aku sedekah kat ko …anggap aku yang bagi kat ko ..”.. .so dah dia cakap camtu aku pun terima je la dengan hati yang terbuka..hehe …

‘Rompakan nekad’ tersebut merupakan rompakan terbesar kitorang yang pertama dan terakhir .

next week exam ..aisey tk study start lagi …kena study ni