Arini jikeng abis awal

I told you ..it is not just a phone …

iDriver is an iPhone application to remote control a car, created by the Freie Universität Berlin and powered by Appirion UG.

The car is called “Spirit of Berlin”, it is a completely autonomous vehicle equipped with various sensors and a drive-by-wire system for unmanned driving.

iDriver is an addon to remotely control the car with an iPhone.

Large screen Iphone ?

They call it Apple Tablet …coming 2010 ? Price under $1000..well just a rumour. Chou hoshii!!! Tapi ..MacOSX cam tak best je … Apa-apa pun memang nak beli nanti :D

Syazai

Sendai mayor shaves head as apology for taxi ticket abuse scandal

SENDAI — The local mayor surprised the media when he appeared at a news conference over the weekend with his hair shaved as an apology over a taxi ticket abuse scandal.

Sendai Mayor Katsuhiko Umehara, 55, held the news conference to announce his candidacy for the next mayoral race scheduled for July 26.

link :http://mdn.mainichi.jp/mdnnews/news/20090615p2a00m0na016000c.html

Stadium Terengganu rebah ke bumi..
Tentu ada silapnya…
Tetapi tiada seorang pemimpin Malaysia pun yang tampil meminta maaf kepada rakyat.
Jutaan ringgit dihabiskan dari kocek rakyat.
Semua menuding jari antara satu sama lain.

Dari Perdana Menteri ke Menteri Besar ke Jabatan Kerja Raya ..ke Konsultan Korea ke kontraktor besar…hinggalah ke kontraktor kecil ..
Mungkin juga buruh-buruh Indonesia boleh dituduh kerana mencuri simen atau konkrit?
Awas kalian ..segera terjun ke Selat Melaka…

Persoalannya tiada seorang pemimpin pun meminta maaf ..
Adakah susah untuk meminta maaf kepada rakyat ?
Sedangkan berjuta daun ringgit kami terbakar begitu sahaja?

Di Jepun, jika kamu seorang menteri dan orang bawahan kamu membuat silap.
Kamu harus meminta maaf dan tunduk di depan kamera rakyat.
Situasi ini dipanggil 謝罪 ’syazai’ di mana pemimpin atau orang kenamaan akan mengaku kesilapan mereka , tunduk dan meminta maaf.

Beberapa tahun kebelakangan ini syazai boleh dilihat hampir setiap minggu/bulan di kaca t.v
Mungkin kerana ekonomi yang lembap ..so pemimpin mencari jalan pintas .
Ada juga menteri yang membunuh diri kerana rasuah !
Tetapi menteri itu akan meninggalkan nota maaf kepada rakyat dan mengaku kesilapannya.

Orang Jepun bukanlah orang Islam..tapi etika mereka hampir seperti orang Islam.
Berbanding di Malaysia, walaupun seorang menteri/ orang kenamaan didapati bersalah kerana rasuah atau pecah amanah..
Si Luncai-luncai ini masih boleh tersenyum di depan kamera dan melambai-lambai wartawan.
Tiada perasaan bersalah mahupun ucapan maaf.
Seolah – olah tiada apa yang berlaku.
Jika pemimpin Jepun boleh menggantung diri mereka sendiri kerana rasuah,
Mengapa tidak kita gantung mereka-mereka ini ?

Belajarlah untuk meminta maaf ….

Contoh syazai …tapi cam lawak skit haha ..

Geng Yuki

Kamu orang suka tengok Upin dan Ipin ? Kalau kamu suka ..mesti kamu tahu pasal filem Geng ..

Kamu sudah tengok trailernya bukan ? Wow!! ..marvelous !! sugoi !!! Itulah yang terpacul di mulut kita apabila melihat trailer filem tersebut . Macam tidak percaya ianya 100 peratus buatan tangan anak tempatan ..

Yang menariknya pasal filem ini. ceh macam aku dah tengok je ..ianya menonjolkan pemandangan Malaysia yang serba kekampungan ..dan melibatkan watak-watak yang Malaysian . Bila tengok aksi-aksi kejar mengejar bersama ayam mahupun lembu … teringat pulak masa zaman kecik-kecik dulu ..nakal-nakal … tinggal dengan nenek kat kampung . Jangan silap aku bukan orang  KL, Damansara mahupun Shah Alam …aku kenal Starbuck pun lepas SPM .

Bermula dengan 3 orang … kini Les Copaque mempunyai lebih 50 orang animator-animator ‘lepasan universiti yang sihat’ yang terlibat di dalam filem Geng .  Aku kagum lepas membaca sejarah penubuhan syarikat animasi ini . Membuat satu filem dalam masa 2 tahun bukanlah satu benda yang senang macam membuat duit dengan skim cepat kaya .Apa-apa pun tahniah kepada team Les Copaque ..

Dulu ..aku pernah bercita-cita mahu menjadi komputer animator kalau aku tidak berjaya di dalam bidang Sains . Tapi tula …aku genius dalam Matematik dan Fizik ..so terpaksala amik engineering …Kalau aku gagal dalam SPM mesti aku dah berkerja dengan Les Copaque

Mari kita ikuti sedutan pembikinan filem Geng ..best gile ..

http://www.gua.com.my/Video/VideoDetails.aspx?VideoID=1506

Yuki

Pagi tadi aku terkejut,selama 2 tahun aku duduk kat Oshima ..first time yuki (salji) turun di Pulau Oshima dengan agak banyaknya ..putihla jugak rumput .. Mungkin ada yang cakap ..laa..biasala tu yuki turun …jakun ke ? Mungkin biasa bagi di sesetengah tempat kamu..Tapi kalau kat Pulau Oshima ni ..nak tunggu yuki turun sampai rumput jadi putih tu macam menunggu awek Jepun bagi no telefon pastu ajak tengok konsert Ajikan…Haa.. macam tu la …sini agak suam-suam kuku ..selalunya yuki akan cair di udara sebelum yuki-yuki itu tersembam menyembah bumi ..

Berikut adalah gambar yang ditangkap pagi tadi di perkarangan hostel …tengok aku tak tipu ..