Tag Tag Revenge ..ntah pape

Ditag oleh Amir Shaver. Aku sebenarnya malas nak bertag-tag ni … buat tag memang syok, tapi malas baca orang punya haha ….kalau korang malas jangan baca.

1. Bekas kekasih saya adalah:
Nor Liyana Binti Ismail dan Diana Danielle .
2. Saya sedang mendengar:
B`z – Ichibu no zenbu, tetiba azan maghrib.
3. Mungkin saya patut:
Main game Paperman, tapi tengah azan, nak kena sambar petir?
4. Saya suka:
Dengar movie, baca lagu, menonton wikipedia
5. Sahabat-sahabat baik saya:
Yang pernah dengar lawak saya
6. Saya tak faham:
Kenapa orang tak sembahyang, sedangkan ada ruang dan masa.
7. Saya kehilangan:
Credit untuk paper hari ini.
8. Ramai yang berkata:
Saya kurang senyum. Actually ….senyuman saya mahal.
9. Makna nama saya:
Hazuwan – Dalam kanji bermaksud Hazu- Shy, wan- King
10. Cinta itu adalah:
Kadang-kadang nak jugak, tapi menyusahkan
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Melihat anda dari luar tingkap. Tak silap saya, orang tu berbaju putih, lepas tu dia akan cakap “Dik, dik tolong bukak kan kain kapan akak ni”.
12. Saya akan cuba:
Tidak menakutkan anda. Did I ?
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
Selamanya bukan ayat dik, selamanya ialah perkataan . Sila belajar B.M lagi sebelum buat soalan.
14. Telefon bimbit saya:
Iphone 2nd Gen White
15. Bila saya terjaga dari tidur:
Cuba mengingati nama awek yang tido sebelah saya.
16. Saya paling meluat apabila:
Orang yang cakap besar dan berlagak
17. Pesta/parti adalah:
Berborak-borak dengan awek Jepun yang comel
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Anak kucing
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya:
Menengah rendah- Ramai awek Cina, Mozac : Ramai kawan Melayu
Sekarang – hidup di Toyohashi :)
20. Hari ini:
Saya tak tido lagi dari semalam.
21. Malam ini saya akan:
Study untuk paper esok
22. Esok pula saya akan:
Amik exam la !
23. Saya betul-betul inginkan:
Awek yang ada Fairlady Z yang boleh jemput saya untuk dating di hujung minggu.
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
Rambut saya tidak beralun mayang lagi …
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Jom gi minggu depan, aku dah tension dah takde orang bawak jalan-jalan ni
26. Makanan Barat atau Jepun:
Jepun, nak cuba belajar masak .
27. Bilik yang terang atau gelap:
Separuh terang, separuh malap. Seram-seram romantik skit.
28. Makanan segera adalah:
Oreo :D
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
Soalan no 4 tu blh buat guna graf. Kalau kira-kira memang makan masa. Aku tak buat pun.
30. Siapa yang anda mahu tag:
Semua yang membaca tag ini. Tulis tidak lebih seribu perkataan , kalau tidak anda akan terkencing malam, malam ini . Sila sampai kan kepada 10 orang kawan anda.

B`z – Ichibu to zenbu

Home Alone

Opening theme – You, Me, and the Bourgeoisie by The Submarines

1.Exam dah habis seminggu yang lepas.
Kesimpulan : Tak dapat buat dengan bagus. Hancur. Tahun depan sila amik sekali lagi.
Pengajaran : Jangan tido dalam kelas, tido kt umah secukupnya.
Buat tutorial sendiri, kalau tiru pun pahamkan balik.
Ulangkaji la sikit-skit, jangan study last minute!
Minta maaf pembayar cukai a.ka. rakyat Malaysia m(–)m

2.Sabtu aritu sekumpulan pelajar Malaysia di Toyohashi menghilangkan diri kira-kira jam 5 pagi. Mereka tidak diculik oleh makhluk asing… sebaliknya …meninggalkan dunia ……..dunia sakurala … Cuti musim panas sudah bermula …suma orang balik termasuk la Nije, Basyir dan Ani. Tiket 3 mang (RM 1000) untuk 2 bulan, sape tak nak balik? Bak kata Men, berdosa besar kalau tak balik.

Abis yang aku ni bodoh sangat tak balik apa hal lak ?
Aku tak nak balik sebab nak baito. Nak kumpul duit. Kalau balik pun tak buat apa. Duk kat umah, internet lembab, kawan pun jarang-jarang jumpa. Ada yang dah keje, ada yang tak cuti lagi. Tapi ramai kawen tahun ni. Sorry, tak dapat pergi…

Kalau aku balik ..rasa macam graf berdikari tu rata je setiap tahun…so tahun ni kasi naik sikit dengan baito.
So, tinggal aku, motor Basyir, Cik Integra, sempai-sempai dan beberapa keluarga je kat sini. Best gak duk sorang, macam kembali ke zaman kosen. Boleh bawak Cik Integra bersiar- siar.

3. Tadi baru balik dari McD ..pergi tanya pasal baito. Tunggu respond 2,3 ari. Mintak-mintak la dapat.

Ending theme – Shut Up And Let Me Go byThe Ting Tings

20,000

http://www.youtube.com/watch?v=iKPdr9VEDrg

Setelah
tiga
tahun
dengan
tajuk
yang
penuh
kontroversi
20,000
hits!
he
he
he..!

bilik baru

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga aku membuka ‘bilik baru’ di WordPress ini ..setelah agak bosan dgn kenykushitsu.Lagipun Alan pujuk aku bukak blog dekat WordPress.

Segala catatan lama akan disimpan di arkib Kenkyushitsu .Terima kasih pd yg sudi membaca.