Syukur alhamdulillah….tanggal 29 Ogos yang lalu aku sudah berumur 23. Tapi takde awek lagi. 4,5 tahun dah hidup sebatang kara. Kera pun ada pasangan. Tapi jadi single pun ok. Tak kusut kepala haha..
2. Sensei
Semalam ialah hari terakhir aku menjadi sensei tidak bertauliah di Pusat Jagaan Kanak-kanak yang Ditinggalkan Mak Bapak di rumah Ooshimizu. Satu pengalaman yang memang manis berlemak krim yang takkan aku dapat lupakan. Macam-macam yang aku dapat belajar daripada pusat ni. Ramai orang berkata anak-anak Jepun telah diasuh sejak kecil untuk mengikut tertib dan peraturan. Tetapi seramai mana yang pernah melihat cara mereka diasuh dan diajar? Aku rasa aku bertuah dapat belajar daripada mereka-mereka ini. Sistemnya memang mudah dan penuh disiplin. Yang uniknya, kanak-kanak tidak dimarah atau tidak dirotan.
Mami chan dan Kanako chan . Kanako chan ni sangat rapat dengan aku.
3. McD dan rambut
Hari tu aku dapat baito untuk McD dekat Round 1 . Sabtu ni baru start. Boss pun baik. Keje Sabtu malam dan Ahad malam. Bila dah keje kat McD kenalah potong rambut, misai ..janggut suma kena cantas. So, aritu pergi potong rambut yang dah setahun tak terpotong hehe….walaupun serabai tapi aku suka rambut panjang ni.
R.I.P Sept 2008 ~ Aug 2009
Ending theme kali ni lain sikit . Selamat berpuasa!
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.
Salam kepada fan-fanatik saya …semoga semua berada dalam sihat walafiat walaupun sedang berpuasa. Dah hantar gambar Salam Perantauan dekat Utusan atau Berita Harian ? Hehe..
Beberapa highlight dari blog Dr Asri (Ingat bola je ada highlight ke ?) tentang adab-adab dan salah faham di bulan Ramadhan.
Full article here.
1.Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi
3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka dengan tamar atau air, sekiranya makanan belum dihidangkan. Hadis yang kita nyatakan di atas menunjukkan Baginda Nabi s.a.w. berbuka dengan rutab atau tamar atau air sebelum bersolat Maghrib. Maka kita disunatkan juga mengikuti langkah tersebut, iaitu selepas berbuka dengan perkara-perkara tadi, lantas terus menunaikan solat. Ini sekiranya makanan belum dihidangkan. Adapun sekiranya makanan telah dihidangkan di depan mata, maka dimakruhkan meninggalkan makanan untuk menunaikan solat. Ini berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis-hadis baginda Nabi s.a.w. antaranya: Daripada Anas bin Malik r.a.: Bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah ia sebelum kamu menunaikan solat Maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-`Araf:31).
5. Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
Riwayat Ibn Majah
6. Berdoa kepada sesiapa yang menjamu kita berbuka, kata Anas r.a.:
“Baginda s.a.w. pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.”
Riwayat Abu Daud, Diya al-Maqdisi
7. Melambatkan sahur.
Sesetengah kita akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang.
Sujud by Mawi and KRU
Komen : Terkejut dengan koloborasi Mawi dan KRU. Tahniah kepada Norman dah kawen. KRU bila nak klua full album lagu2 best lagi ?
Aritu Abang Elmi shoukaikan satu baito. Baito jaga budak-budak sekolah. Abang Elmi ni dulu Kosen gak..sekarang anak dah 5 dah ..dah nak abis phD. Nama tempat keje ni 児童クラブ disebut sebagai jidou kurabu. Macam nursery la tp jaga budak dari tahun 1 sampai tahun 3. Aku rasa okasang Toyama dlu keje cam ni kot. Keje mudah je ..tengok je apa diorg budak buat ..main-main dengan diorang ..bual-bual..tolong tangkapkan cengkerik ..bla..bla.. Best betul main dengan diorang ni … gaji 980 yen sejam .. Diorang ni pulak tak malu..tak macam org Jepun dewasa… budak-budakla katakan.
baito – part time
Kenapa kena jaga budak-budak ni ? Mak bapak buang diorang ke ? Oh tidak..oleh kerana cuti summer ..sekolah tutup..mak bapak pun keje ..di dalam undang-undang Jepun ..di mana bila mak bapak keje ..anak yang di bawah umur 9 – 10 tahun tidak dibenarkan tinggal bersendirian di rumah. Boleh kena dakwa mak bapak yang tinggalkan anak diorang bersendirian.
Ada sesetengah budak pompuan ni suka sangat mengekori aku ..pegang2 baju ..tanganla ..rasa macam kena sekuhara la pulak haha …bila aku pikir ..diorang ni mesti dahagakan kasih sayang ibu bapa. Kesian la pulak …
sekuhara – gangguan seksual
Kalau sesiapa yang berminat nak keje ni ..cuba pergi tanya shiyakusho. Senang je keje ni. Gaji pun tinggi. Nihonjin tak minat keje ni sebab tak mencabar. Obachan-obachan je suka keje ni. Oh ye ..lepas keje dapat sijil dari shiyakusho..sijil ni boleh buat macam-macam kot.
Telefon berbunyi ring-ring ..ku angkat ku dengar siapa ? ..tiada orang bercakap..
Aku : Moshi-moshi …
Cik J : Ha! Hazwan .! Tengah buat apa ? tido ke ?
Aku : Err..tengah baca paper (actually tengah baring-baring bukan tido)
Cik J :Wow! Baca paper …bagus !
Aku : Err..sape ni ?
Cik J : Ni saya Cik J**** . Ni mana budak-budak tahun dua ni ? saya call takde orang angkat pun. Budak-budak tahun satu pun tak angkat.
Aku : Diorang balik Cik J. Dari tahun satu sampai tahun 3. Saya sorang je tak balik.
Cik J : Aik..? tapi diorang takde hantar surat balik pun kat saya.
Aku : Bukan memang tu biasa ke Cik J..?.tak hantar surat.
Cik J : Takde ..kalau balik memang kena hantar surat. Ha.. bolehla saya potong biasiswa diorang. Bagusla awak dah jawab untuk diorang ..haha ..nanti kalau diorang tanya saya biasiswa tak cukup..saya suruh diorang mintak kat awakla ..haha ..
Aku : Haha … (enjoy gelak sama). Cik J tau pulak saya tak balik?
Cik J: Takde… saya call sume orang tak angkat ..awak sorang je angkat.. Saya tahu budak Toyohashi cuti awal. Sebab tu saya saje je call. Bagusla awak dah bagi maklumat kat saya ..haha …(Cik J gelak lagi)
Aku : Err..hehe ..
Ini kali kedua Cik J telefon aku. Cik J kalau call dia takkan cakap hello ke bagi salam ke ..dia akan tunggu ko bg hello..bg moshi-moshi sume dlu..terus dia sergah. Lepas tu dia akan tanya ..tengah buat apa? tido ke ? Macam tau je aku kaki tido.
Sejibik macam dia call aku tahun lepas. So kengkawan ..berhati-hatilah ..jika anda mendapat panggilan dari no mcm no KL ..tapi sebenarnya Cik J, 03 3476 4219. Tak caya cuba call, cakap Kuroneko Takkyubin nak hantar barang hehe …
Cara Cik J cakap memang sempoi…mcm cakap dengan member la pulak. Tapi dengar ceritakan ..adala nyah dengar cerita-cerita gosip dari akak-akak kerani embassy. Dengar cer ..Cik J akan dihantar balik ke Malaysia , tapi bukan Cik J tu dibungkus dihantar dengan MASKargola. Maksudnya Cik J mungkin ditukarkerjakan (vocab baru ni) ke Malaysia ataupun ke negara lian.
Sebab dikatakan Cik J telah meng-kick asskan seorang pelajar pulang ke Malaysia di mana BAPAK pelajar tersebut agak berpengaruh dalam kerajaan. Taktau la lepas ni Cik J join Pakatan Rakyat ke tak… Tapi kalau budak tu dah bodoh-sombong, malas pulak tu…wajarla Cik J mengkick-asskan dia. Bagi peluang kat Orang Asli.
1. Aritu tayar gentsuki Superbike Basyir pancit. Esok paginya pulak, tayar Miss Integra pulak pancit. Nasib baik aku sedar, kalau tak aku lenjan je Miss Integra untuk ke Jusco. Seminggu Miss Integra kaku tak bergerak. Lepas tukar tayar, aku terus bawak Miss Integra dating. gentsuki- motor 50 cc
2. Minggu lepas, entah pasal apa tak leh call umah guna Skype. Oh credit abis , nak top up, aik ? Skype tolak rezeki ? tak nak top up kan. Dapat email dari Skype, anda telah diharamkan untuk menopup credit. Lepas tu masuk laman web Skype. Nak check, apasal kredit boleh tinggal 0 Yen. Patut aritu ada baki 800 Yen.
3.Check punya check, owh Sorry Mr.Hazwan your account has been hacked, and you are not allowed to recharge your credit to prevent fraud and for security. Check history, tu dia ada lebih 20 panggilan telah dibuat ke Afrika, Malawi, Nigeria dan kawasan-kawasan segelap dengannya. Sejak bila pulak aku order tiket World Cup untuk tahun depan ? Lepas tu boleh pulak top up dua kali kredit aku.
4.Mula-mula cuak gak, tapi Skype dapat kesan, sebab tu dia block untuk tambah nilai kredit saya. Siap nak refund lagi. Tapi tu Skype katala …tak refund-refund pun sampai sekarang, account pun tk leh guna. Nasib baik ada duit bisnes dalam PayPal. Buat account baru guna kredit PayPal.
5. Dekat beranda rumah aku dan Basyir kitorang ada tanam tomato dengan terung. Unfortunately, Si Terung mati kerana menghidapi virus Babi. Tapi sempat berbuah. Yoku gambatta na. Fortunately, fortunately pulak ….Si Tomato berjaya hidup sampai sekarang dan dah berbuah. Tapi buah dia kecik, tak cukup baja kot. Ke terbeli anak Tomato kecik ? Oleh kerana semua orang bersuka ria di Malaysia , aku lah orang yang merasmikan tomato-tomato itu.
6. Saiking, tiap-tiap petang pergi berenang dekat pool dai dengan Loko dan Abang Yas. Abang Yas ni suami Kak Ainun. Umur 30 lebih kot, tapi sempoi. Kak Ainun buat master dekat sini, Abang Yas pulak sebelum ni tanam anggur. Oleh kerana dia boring tanam anggur dan menjual nasi ayam tiap-tiap Jumaat dekat kitorang, dia mohon sambung master sekali. Cuma tengah tunggu nak masuk lab je. Dekat sini ada 4 famili Melayu, lebih 10 orang budak kecik. Kalau bukak Tadika Kemas pun boleh untung.
7.Tak dapat baito lagi, rasa nak menyumpah-nyumpah je. Ke kena check solat ?